Khamis, April 26, 2012

keharmonian nadi negara aman,makmur dan sejahtera

LAHAD DATU- Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Haji Mohd Suhaili Hj. Said, menegaskan bahawa persefahaman asas mengukuhkan perpaduan yang amat dituntut dalam Islam.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berkata tanpa persefahaman, keharmonian tidak akan wujud dalam kehidupan, yang menjadi nadi penting kepada negara yang aman, makmur dan sejahtera. "Dengan perpaduan yang kukuh, akan lahir sebuah negara contoh, salah satu daripadanya, Malaysia. Ini adalah disebabkan kekuatan perpaduan yang selama ini terjalin sentiasa terus dipelihara," katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kecil Tungku, dekat sini, baru -baru ini.

Sehubungan itu, katanya, bertetapan tema Majlis Tilawah tahun ini iaitu 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah,' beliau menyeru segenap lapisan rakyat supaya mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturahim yang wujud selama ini.

"Dengan rahmatNya, majlis tilawah ini dapat diadakan, dan dengan penuh keinsafan seharusnya umat Islam tidak hanya tahu melagukan ayat -ayat suci Al-Quran sahaja, tetapi perlu mencari petunjuk Kalamullah yang Maha Agung itu," katanya.
SUHAILI (tengah) bersama para jemputan mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Qari/Qariah yang bertanding merebut tempat ke peringkat negeri
Jelasnya, perkara ini perlu untuk membuktikan kebenaran dan keunggulan Al-Quran sebagai kitab yang membawa manfaat kepada seluruh umat manusia tanpa mengira kaum dan agama.

Ujarnya, ini kerana pelbagai petunjuk dan cabang ilmu seperti biologi, zoologi, perubatan, fisiologi, embriologi,psiologi,sains,teknologi dan sebagainya terkandung di dalamnya. 

SUHAILI ketika menyampaikan hadiah kepada Johan Qari MTQ Tungku
Terdahulu, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis merangkap Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku, Ibrahim Abd.Hakim, dalam ucapannya berharap majlis tilawah ini akan menjadi wadah kepada rasa sayang dan kecintaan terhadap al-Quran.

"Dengan melaksanakan pelbagai program keagamaan yang berteraskan kitab suci al-Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus dan diredhai Allah SWT, ia berupaya memacu peradaban ketamadunan ummah," katanya sambil mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang berusaha menjayakan majlis tilawah berkenaan. 

Pada majlis tilawah yang turut dihadiri hampir 400 penduduk sekitar Mesej Nala itu, enam peserta masing -masing empat qari dan dua qariah memperdengarkan bacaan ayat -ayat suci al-Quran untuk merebut tempat ke pertandingan tilawah peringkat negeri. 

Keputusannya, johan qari telah disandang oleh Holislam Sundalu, naib johan Mohd.Arif Emat dan tempat ketiga Baco Puraga, masing -masing membawa pulang RM300, RM200, RM150 dan piala iringan.

Turut hadir, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Datu Baniamin Datu Jamaludin, Penolong Pegawai Perhubungan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Tungku, Ketua Daerah Tungku, Abdillah Hamzah dan Ketua Anak Negeri Tungku, Mukmin Anghai dan Abdul Malek Aidala.

Rabu, April 18, 2012

Usah terpedaya taktik pancing undi pembangkang

Tungku : Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun ) N.49 Tungku, Datuk Haji Mohd Suhaili Haji Said percaya rakyat khususnya di daerah ini tidak akan mudah terpedaya dengan taktik dan janji - janji kosong pembangkang 

ini termasuk helah terbaharu pembangkang yang kononnya akan memberikan tanah Felda kepada setiap rakyat di negeri ini sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke- 13 ( PRU -13 ) nanti 

Suhaili ketika ditemui pada satu majlis di sini baru-baru ini
Jelasnya, pembangkang hanya tahu menabur janji dan menipu rakyat, malah menggunapakai kedudukan Felda semata -mata mahu melaksanakan agenda politik mereka 

Tegasnya, pembangkang akan sanggup berbuat apa sahaja untuk menang, asalkan dapat berkuasa, dan memenuhi kepentingan peribadi mereka 

Tutup mulut pembangkang dan jangan benarkan mereka memasuki kawasan Silam. Semua yang dilakukan pembangkang, termasuk menggunapakai kedudukan Felda, hanya demi memenuhi hasrat dan kepentingan peribadi mereka, katanya pada satu majlis bersama rakyat di sini, baru - baru ini 

Beliau yang ditemui selepas majlis berkenaan berkata berdasarkan pebincangan bersama parti -parti komponen Barisan Nasional (BN) dan seperti yang diarahkan oleh Badan Perhubungan BN, satu jawantankuasa telah dibentuk bagi mempersiap siaga semua jentera BN antaranya membabitkan persiapan markas, mendapatkan senarai pengundi dan menyusun pendekatan yang sesuai dengan pengundi 

Kawasan Tungku merupakan kubu kuat BN sejak sekian lama dan akan terus kekal sebagai kawasan putih BN, katanya 

Ujarnya, ini kerana rakyat khususnya di kawasan Felda tahu dan sedar bahawa segala nikmat pembangunan yang wujud pada hari ini adalah hasil perjuangan dan kepimpinan kerajaan BN

Sehingga hari ini, banyak perubahan membanggakan dalam kehidupan rakyat di Felda, yang mana sebahagian besar penduduk telah diberikan tanah di bawah Skim Begahak. Malah kerajaan amat komited membasmi kemiskinan rakyat dengan mewujudkan beberapa projek seperti Mesej Nala, bertujuan membela nasib rakyat, katanya

Selain itu, seramai 30 orang penduduk di Kampung Tambisan dan Segangan turut mendapat bantuan perikanan daripada kerajaan

Suhaili berkata, semua organisasi kerajaan akan terus memainkan peranan sebaik mungkin bagi memastikan nasib rakyat sentiasa terus terbela

Hanya BN yang mampu menggalas dan memikul tanggungjawab membela nasib dan kehidupan rakyat serta memacu negara di landasan yang terbaik 

Sabtu, April 14, 2012

Karnival pancing Felda Anjung Teduh tarikh ramai kaki pancing

Tungku : Hampir 1000 orang hadir memeriahkan pertandingan memancing anjuran bersama Fidlot Felda Anjung Teduh, AJK Sentuhan Kasih dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N.49 Tungku, yang diadakan di Felda Anjung Teduh, disini, pada sabtu.

Karnival disertai seramai 238 orang itu adalah antara kesinambungan dan cetusan Program Sentuhan Kasih 2012 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun ) N.49, Datuk Mohd Suhaili Said

Matlamatnya, bagi meningkatkan perpaduan dan kerukunan penduduk setempat dengan elemen - elemen positif seperti penyabar dan sentiasa berdaya saing dalam suasana yang harmoni

Ia juga merupakan langkah untuk mempromosikan produk ternakan ikan air tawar seperti ikan talapia atau nama saintifiknya Hornorum x. T Mossanbica yang mengandungi khasiat terhadap kesihatan

Selain itu, ia adalah untuk menarik minat dan membentuk suatu hobi yang sihat di kalangan masyarakat, sekaligus bertindak ke arah penguruangan gejala - gejala tidak bermoral

Suhaili ketika menyempurnakan karnival yang julung kali diadakan itu, berkata semua langkah yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional ( BN ) adalah suatu usaha murni dan berpandangan jauh khususnya mengenal pasti sesuatu potensi yang boleh memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang, selain sentiasa mahu memastikan tercapainya perpanduan di kalangan rakyat

Bukan Sahaja memperlihatkan kematangan dan perancangan jangka masa panjang BN yang kesemuanya demi kebaikan rakyat, karnival berkenaan membuktikan wujudnya kawasan memancing yang menarik di sekitar daerah ini, katanya

Menurutnya, di Semananjung, penternakan ikan air tawar bukan sahaja sebagi suatu hobi, malah kini berdiri sebagai satu industri yang berpotensi besar

Tambahnya, industri ternakan berkenaan bukan sahaja mempunyai potensi, bahkan menjadi antara penyumbang terhadap perkembangan kehidupan manusia dari segi penjagaan kesihatan

Semuanya itu adalah hasil usaha BN yang diterjamah untuk kebaikan rakyat, yang mana kewujudan industri ini sebenarnya merintis satu lagi industri hiliran, katanya

Karnival dihadiri segenap lapisan umur dan kaum itu, menawarkan pertandingan empat peringkat umur dan kategori, dengan hadiah lumayan berupa wang tunai RM500 bagi kategori lelaki dewasa, dan masing - masing RM150 kategori wanita dewasa, remaja lelaki dan remaja perempuan, selain piala dan hamper untuk dibawa pulang oleh setiap pemenang

Pertandingan kali ini, tuah telah menyebelahi  Ambran Ambotoa apabila ikan Terubi seberat 1 kilogram yang diraihnya mengalahkan tangkapan lain - lain peserta, dan bagi tiga lagi kategori umur masing -masing disandang Rusian Abd Halim, Mohd Faizal Saman, dan Nurul Yaniza

Sementara, Mohd Isman telah mengungguli kategori tangkapan yang dipertandingkan membabitkan ikan air tawar, setelah ikan haruan seberat 1 kilogram yang dipancingnya, gagal dicabar peserta lain

Ketika berlansung pertandingan, berpegang prinsip asal Program Sentuhan Kasih, Suhaili tidak melepaskan peluang bertanya khabar dan beramah mesra dengan orang ramai hampir di semua lokasi kolam, baik peserta mahupun yang datang memeriahkan dan menyaksikan karnival berkenaan

Krew Utusan Borneo yang berada di karnival berkenaan, turut berpeluang bersama suhaili mendayung sampan menuju ke tempat gong diletakkan, sebelum Adun berkenaan memalunya sebagai isyarat berakhirnya masa pertandingan memancing yang telah diperuntukkan penganjur

Turut menyerikan lagi karnival berkenaan, Pengurus Besar Felda Wilayah Sabah, Juany Salleh, CDO Tungku, Kamarudin Kaka, Pemaju Mukim kawasan Tambisan Nordin Abd Rajin, beberapa pegawai, ketua -ketua cawangan dan pemimpin setempat