Rabu, Mei 16, 2012

Masyarakat Felda antara golongan bertuah, kata Suhaili

Tungku : Masyarakat Felda bertuah kerana pelbagai kemudahan dan peluang perniagaan dapat dinikmati di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Suhaili Haji Said berkata, perancangan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Felda adalah yang terbaik dan terbukti pada hari ini, pelbagai pembangunan prasarana telah diwujudkan bagi manfaat warganya dan penduduk-penduduk sekitarnya.

Suhaili yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda berkata demikian pada program Sepetang Bersama Pemimpin Gugusan Anjung Teduh di Dewan Semai Bakti, Anjung Teduh, di sini baru-baru ini.

Program anjuran dengan kerjasama oleh Seranta Negeri Sabah dan Felda Anjung Teduh itu diadakan sekali setahun sebagai aktiviti bersama pemimpin di kawasan Anjung Teduh.

Ketika saya masuk ke persimpangan Anjung Teduh tadi, saya dapat rasakan betapa beruntungnya peneroka yang mendiami perumahan ini, Semua prasarana telah tersedia, " katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS ) berharap agar para peneroka terbabit sentiasa mensyukuri segala nikmat yang dianugerahkan Allah SWT. Beliau percaya dengan mensyukuri nikmat itu akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda.

Mohd Fadzil Mohd Ali
Sementara itu, Pengarah Seranta Negeri Sabah, Mohd Fadzil Mohd Ali berkata, pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 kepada peneroka Felda adalah salah satu bukti bahawa kerajaan begitu prihatin terhadap peneroka di negara ini.

" Buat pertama kalinya dalam sejarah, Felda memperuntukan sejumlah wang untuk diagih-agihkan kepada peneroka yang sememangnya telah lama menantikannya," katanya.

Fadzil yang juga Timbalan Pengarah Seranta Malaysia menyeru agar para peneroka tidak terpengaruh  dengan tohmahan  dan dakwaan pihak pembangkang yang menyatakan bahawa Felda di negeri ini hanya mahu mengaut keuntungan tanpa menjalankan tanggungjawab sosial .

" Hari ini Felda telah membuktikan segala tuduhan pihak pembangkang adalah tidak benar."

Pemeriksaan perbarisan pasukan rela Tungku
Pelbagai dana oleh Felda telah disalurkan bagi tujuan dan tanggungjawab  sosial seperti membaiki rumah-rumah daif di kampung sekitar Felda, projek Mini Estete Sejahtera ( MESEJ ) dan pembinaan jalan raya, " katanya sambil menyifatkan pembangkang atas kepentingan politiknya sanggup menjanjikan apa saja meskipun tidak masuk akal.

Fadzil berkata, dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan pada hari ini yang sentiasa mendahulukan
rakyat, maka tidak ada sebab mengapa rakyat khususnya masyarakat Felda menolak kerajaan Barisan Nasional ( BN ), apatah lagi BN selama ini berjaya mentadbir dan mengurus negara dengan baik.

Turut hadir, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku, Kamarudin Haji Hamid, Ketua Peneroka Wilayah
Sahabat Abu Haris Masahuddin, Ketua Anak Negeri Tungku Mukmin Haji Anghai dan Pengurus Felda Sahabat 1, Mat Jhailin Ini.


0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.