Isnin, Mei 07, 2012

Jangan terpedaya cakap-cakap pembangkang

LAHAD DATU- Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said menyeru rakyat khususnya di daerah ini supaya jangan terpedaya taktik pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan. 

SUHAILI menyampaikan taklimat kepada Pengerusi-Pengerusi JKKK
Katanya, pembangkang yang terdesak akan sentiasa membuat pelbagai perkara yang menimbulkan huru-hara kepada negara seperti menganjurkan demonstrasi Bersih 3.0 yang menyebabkan berlakunya rusuhan dan kerosakan di ibu negara baru-baru ini.

Ujarnya, pelbagai tohmahannya dan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan pembangkang dikhuatiri akan mengelirukan rakyat. 

"Saya percaya, rakyat boleh menilai dan melihat banyak bukti pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), malah jasa yang dibuat sejak negara mencapai kemerdekaan lagi," katanya ketika mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi -Pengerusi JKKK dan Ketua -Ketua Peti Undi, di sini, baru-baru ini.

Suhaili  bergambar bersama Pengerusi JKKK dan Ketua Peti Undi
Menurutnya, adalah penting pemimpin di peringkat akar umbi memastikan rakyat memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan BN dengan cara merancang aktiviti kemasyarakatan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. 

"Rancang aktiviti dan maklumkan kepada Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku agar aktiviti yang dijalankan boleh berjalan dengan lancar tanpa masalah," katanya. 

Pada majlis itu, seramai 35 orang Pengerusi JKKK dan 11 orang Ketua Peti Undi Tungku hadir bagi menerima bendera BN dan UMNO serta komputer riba yang disampaikan sendiri oleh ADUN berkenaan. 

Turut hadir, Pegawai Jasa Tungku yang juga Ketua Daerah Mengundi Tengah Nipah, Salleh Asah. 

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.