Jumaat, Mei 11, 2012

Harga kompetatif wujud kitaran ekonomi sihat

LAHAD DATU- Kepuasan pelanggan harus diutamakan bagi memungkinkan persekitaran ekonomi yang baik dan dalam hal ini, pelanggan seharusnya mendapat perkhidmatan jualan yang baik iaitu dari segi barangan berkualiti dan munasabah harganya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said berkata harga yang munasabah dan konpetatif juga mampu menyumbang kepada arus pembangunan berterusan. 

"Saya berbangga dengan pembangunan yang wujud di daerah ini. Dulunya, kawasan ini hanya dipenuhi lumpur tetapi kini, kawasan ini sudah mengalami transformasi yang hebat, di mana wujud prasarana atau premis-premis perniagaan yang selesa seperti tempat parkir yang luas," katanya pada majlis perasmian premis Kimguan Hardware Trading Sdn Bhd, di Singahmata, dekat sini, kemarin.

Ujarnya, setiap individu juga harus faham mengenai perjalanan ekonomi khususnya di daerah ini bagi menjana satu kitaran ekonomi yang berpanjangan.

"Terdapatnya enam faktor yang perlu diberi perhatian seperti sasaran Perdana Menteri, yang mana antaranya keselamatanya yang juga meliputi fasaliti perniagaan.
SUHAILI... melawat pameran sambil diberi penerangan oleh kakitangan Kim Guan. Kelihatan Pegawai Daerah Tuan Haji Zulkefli Haji Nasir
"Para wakil peniaga boleh mengadakan perbincangan dengan pihak -pihak berwajib untuk meningkatkan lagi persefahaman dan kecekapan perkhidmatan. Buat apa sahaja yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepada penduduk dan daerah ini," katanya. 
SUHAILI (tengah ), Zulkifli, pemilik Kimguan Hardware, Ken bersama beberapa tetamu yang lain ketika menyempurnakan perasmian premis berkenaan.

Dalam pada itu, beliau memuji pegawai daerah ini di atas usaha-usaha positif yang dilaksanakannya selama ini. 

Hadir sama pada majlis perasmian berkenaan, Pegawai Daerah, Zulkifli Nasir, CDO Tungku, Kamarudin Hamid dan wakil Pejabat Pendidikan Lahad Datu.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.