Sabtu, Mac 31, 2012

Realisasikan matlamat kerajaan untuk bangunkan negara

Tungku : ADUN Tungku YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili berkata, rakyat di kawasan ini hendaklah terus memberikan sokongan penuh kepada kerajaan pada hari ini demi untuk merealisasikan matlamat kerajaan membangunan negara demi untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Suhaili berkata demikian ketika merasmikan program sentuhan kasih dan program Promosi Kesihatan bersama Masyarakat yang dianjurkan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat dan Pejabat Kesihatan kawasan Lahad Datu dengan kerjasama Lions Mandarin Club Lahad Datu, Pergerakan Wanita Umno Silam, Panel Penasihat Kesihatan Lahad Datu dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Felda Sahabat.

Jelasnya, rakyat di kawasan Tanjung Labian haruslah bersyukur kerana kawasan ini telah banyak pembangunan dilaksanakan termasuk yang terbaru projek bekalan letrik ( Hybrid Solar ). Apabila bekalan letrik telah wujud di kawasan ini, maka ia akan menjana pelbagai kemudahan penduduk dengan menjalankan aktiviti perniagaan.

Sudah tentu, penduduk kampung di sini akan mendapat manfaat sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri kepentingan rakyat hendaklah diutamakan.

Kata Suhaili lagi, kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang terbaik yang telah terbukti kemampuan mentadbir negara dengan pelbagai kejayaan tanpa mengabaikan kebajikan rakyat 

Dalam majlis tersebut, Suhaili mengumunkan projek membekal tangki air sebanyak 50 buah kepada penduduk kampung di Tanjung Labian dan Pembinan baru Balai Raya kg. Tanagian RM25,000.00 

Terdahulu, Ketua Kampung Tanjung Labian Hj. Mahmud Mallang berkata dalam ucapannya, kami penduduk di kawasan Tanjung Labian amat bersyukur kepada kerajaan  hari ini yang begitu komited membangunkan kawasan ini, dengan keprihatinan wakil rakyat Tungku YB Datuk Haji Ustaz Suhaili yang sering turun padang ke kawasan ini, bagi mendengar dan menyelasai pelbagai masalah yang dihadapi penduduk kampung 

Oleh itu, Hj. Mahmud menyeru kepada penduduk kampung di kawasan Zon Tanjung Labian meningkatkan sokongan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya yang akan datang

Antara pengisian program ini ialah memberikan rawatan percuma kepada penduduk kampung, kempen derma darah, pertandingan kesihatan bagi ketegori kanak - kanak umur 7 hingga 9 tahun, penyampaian hamper kepada golongan yang tidak berkemampuan dan penyerahan 2 buah kerusi roda kepada golongan OKU. 

Objektif program ini ialah memberi informasi tentang kesihatan di kalangan penduduk kampung, memberikan rawatan percuma selama tempoh masa aktiviti dijalankan dan memupuk silaturrahim di antara kakitangan kesihatan dan rakan kerjasama secara amnya serta penduduk kampung khususnya 

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku Ibrahim Haji Abd Hakim, Ketua Wanita Umno Silam Hajah Saleha Abd Wahid dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.