Jumaat, Mac 23, 2012

Penduduk nikmati pembangunan prasarana di bawah PIA, PIAS

Tungku : Penduduk di kawasan Tungku bakal menikmati pelbagai kemudahan pembangunan prasarana apabila projek di bawah penyelengeraan Insfrastruktur Awam (PIA) dan Projek Insfrastruktur Asas (PIAS) dilaksanakan kelak.

Suhaili diiringi Matusin semasa merasmikan Program
 Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said berkata ia secara tidak langsung akan turut memberi kesan kepada sosia ekonomi penduduk di kawasan itu sekali gus diharap dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Apabila projek jalan kampung dilaksanakan kelak, maka ini akan memberikan kemudahan yang lebih selesa kepada penduduk di kawasan Tungku terutama sekali bagi yang terlibat dalam sektor pertanian kerana ia akan memudahkan mereka untuk membawa keluar hasil-hasil pertanian dan sebagainya dengan lebih cepat.

Ini bukti z pihak kerajaan dengan mendahulukan kepentingan rakyat apabila semua program pembangunan dijalankan yang melibatkan rakyat keseluruhannya, katanya.

Beliau berkata demikian, ketika merasmikan program undian PIA dan PIAS di Pejabat Daerah Kecil Tungku, yang melibatkan kehadiran seramai 26 kontrektor bagi menyertai undian projek yang diselia oleh kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah.

Suhaili juga berharap semua kontrektor yang berjaya mendapat projek undian pada tahun ini dapat menjalankan kerja-kerja seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS )


Tegasnya, jika projek pembangunan tidak dilaksanakan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan maka kontrektor terbabit mungkin boleh disenaraihitam oleh pihak PPNS?

Apabila kontrektor telah disenaraihitamkan, kontrektor terbabi tidak boleh mengikut undian projek pada masa-masa akan datang, katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap sistem pemilihan dan undian yang dijana melalui sistem pangkalan data komputer itu akan memberi kepuasan dan agihan adil kepada semua kontrektor kelas F berdasarkan prestasi dan kredibiliti sesebuah syarikat.

Hadir sama, Pengarah Pembangunan Negeri Sabah, Datuk Haji Matusin Sunsang, Penolong Pegawai Daerah Tungku Ibrahim Haji Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin dan ketua daerah Tungku Abdillah Hamzah.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.