Selasa, Februari 07, 2012

Persefahaman tunjang perpaduan

Tungku : Umat Islam mestilah bersatu padu dalam mengekalkan keharmonian yang sedia terjalin bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat di Negara ini, kata Suhaili ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul 1433 H peringkat daerah Kecil Tungku baru –baru ini.

Jelasnya, asas utama dalam mengekalkan peraduan ialah faham-memahami di antara satu sama lain tanpa mengira fahaman agama, ideologi politik dan bangsa. Inilah tuntutan agama supaya kita sentiasa memenuhi kewajipan sebagai insan yang mempunyai tangunggjawab terhadap perpaduan.

Tambahnya lagi, bersempena tema sambutan maulidur Rasul 1433 H / 2012 tahun ini, adalah tepat bagi rakyat di Negara ini mengambil iktibar mengenai pentingnya persefahaman.

Kita ingin mengambil contoh di Negara Asia Barat seperti di Libya, Mesir Afganistan yang hampir musnah disebabkan rakyat tidak bersatu-padu menyebabkan pelbagai pergolakan sehingga ekonomi terjejas mengakibatkan rakyat menerima kesannya.

Di Malaysia, jika kita tidak bersatu-padu , tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku dan Negara akan mengalami keadaan yang tidak tenteram.

TOKOH MAULIDUR RASUL 1433 H...Ustaz Haji Bakhari bin Haji Bidin
Dalam majlis tersebut Kontinjen RELA merangkul johan pertandingan sepanduk ketegori A ( ketegori persatuan ) dan naib johan di persatuan KAFA Tungku.


Manakala bagi ketegori B ( Ketegori Masjid dan Surau ) johan disandang oleh Masjid Nurul Iman Cenderawasih, dan naib johan Masjid Jamek Al-Ubudiah Desa Kencana.

Persembahan Nasyid dari kumpulan Nasyid Anjung Teduh
Bagi anugerah tokoh Maulidur Rasul 1433 H Ustaz Haji Ahmad Bakhari Haji Bidin telah dipilih oleh Ahli Jawatankuasa pemilihan yang dipengerusi oleh Haji Gaspar Sari berdasarkan sumbangan sumbangan beliau terdapat perkembangan Agama Islam di kawasan Tungku.

Terdahulu, YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili menghadir majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) peringkat DUN Tungku fasa 2 di dewan Sri Nalaja Kg. Telisai.

Pada majlis penyerahan tersebut, Suhaili telah menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) kepada 500 orang penerima bagi Mukim Tungku dan Tambisan.

Suhaili berkata, semua rakyat yang layak menerima Bantuan tersebut adalah tidak mengira ideologi politik seseorang, bahkan dikalangan pihak pembangkang pun menerimanya. Ini terbukti bahawa tuduhan pihak pembangkang menyatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) rasuah adalah tidak benar.

JIka ianya bermotifkan rasuah, kenapa pelajar sekolah menengah dan pelajar pengajian tinggi menerima bantuan oleh kerajaan.? Sedangkan pelajar yang menerima bantuan tersebut tidak terlibat dengan politik atau boleh mengundi semasa Pilihanraya, ujar Suhaili

BAUCAR... Suhaili mneyerahkan Baucar BR1M sambil diperhatikan oleh Ketua Daerah Tungku
Oleh itu, rakyat haruslah sedar mengenai taktik yang digunakan oleh pihak pembangkang dengan memburuk-buruk kerajaan tanpa meneliti kebenaran sesuatu perkara, katanya.

Antara pemimpin masyarakat yang hadir pada majlis penyerahan BR1M Fasa 2 Dun Tungku
Suhaili menyeru agar rakyat di kawasan Tungku menolak bulat-bulat parti yang hanya timbul lima tahun sekali untuk meraih undi dan sokongan. Tidak perlu diselindungkan lagi, kerana rakyat sedar kerajaan pada hari ini banyak memberi pelbagi bantuan dan pembangunan untuk manfaat kepada rakyat.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.