Selasa, Februari 28, 2012

Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang

Suhaili
Tungku : ADUN N49 Tungku YB Datuk Haji Mohd Suhaili Haji Said menyeru kepada semua rakyat di kawasan Tungku agar memberi sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional ( BN ). Suhaili berkata demikian ketika merasmikan program sentuhan kasih peringkat kampung Teburi yang dianjurkan oleh UPKR Tungku bersama Ketua Kampung Teburi.

Jelasnya lagi, tiada sebab rakyat di kawasan Teburi tidak menyokong Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang akan datang kerana kampung ini telah menerima pelbagai peruntukan pembangunan seperti menaik taraf jalan utama dan bekalan air bersih ke rumah-rumah di kampung Teburi.

Oleh itu, tegasnya, penduduk di kawasan Teburi Kuala dan Ulu jangan mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang dengan menaburkan pelbagai fitnah sehingga menimbulkan ketidakharmonian kampung. Saya amat teruja dengan program sentuhan kasih ( Touch Point ) yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan pemimpin dan rakyat.

SIMBOLIK PERASMIAN...Suhaili melepaskan tembakan sambil disaksikan oleh ADO Tungku Ibrahim Abd Hakim
Hari ini, dengan kehadiran masyarakat di kampung Teburi Kuala dan Ulu menandakan bahawa rakyat di kampung ini menyokong penuh kepada kerajaan. Rapatkan saf dan kukuhkan perpaduan demi untuk kesejehteraan kampung khususnya, kata Suhaili lagi.

PRIHATIN... Suhaili mengambil kesempatan mendengar luahan masalah penduduk kampung
Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, saya akan memastikan segala pembangunan dapat dilaksanakan untuk kebajikan rakyat. Bukan kerana ingin melobi sebagai calon tetapi selagi saya masih wakil rakyat di Tungku adalah menjadi tanggungjawab dan amanah yang dipertangunggjawab kepada saya dapat direalisasikan, jelasnya.

SUHAILI di sambut oleh penduduk kampung sebaik tiba di Kampung Teburi
Tambahnya lagi, impak dengan pembinaan jalan ke kampung Teburi akan mengubah langskap ekonomi penduduk kampung untuk meningkatkan lagi hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan lagi taraf hidup ekonomi rakyat di kampung ini.

Amir Tuong
Terdahulu ketua kampung Ulu Teburi Amir Tuong dalam ucapannya berkata, kehadiran YB Datuk Haji Mohd Suhaili ke Ulu Teburi telah membawa rahmat kepada penduduk kampung. Ini adalah kerana Suhaili adalah seorang wakil rakyat yang mudah didampingi dan boleh terus mengajukan masalah yang sering penduduk hadapi..

" Saya berkata demikian, bukanlah kerana ingin mengambil publisiti untuk diri saya, tetapi sebagai ketua kampung di Teburi amat terharu kerana YB Suhaili adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat" .

Menurut Amir lagi, jika kampung kita tidak ada pembangunan maka janganlah menyalahkan kerajaan semata-mata, tetapi jika kita asyik bertelagah di antara satu sama lain bagaimana kerajaan menyalurkan pembangunan. Saya merayu sekali lagi marilah kita perkukuhkan perpaduan dan eratkan ikatan persefahaman untuk kita sama-sama berjuang menyokong Barisan Nasional pada Piliharaya yang akan datang.

BANTUAN...Suhaili menyampaikan bantuan pribadi kepada penduduk kampung
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Tungku Ibrahim Haji Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin dan Ketua Daerah Tungku Abdillah Hamzah.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.