Sabtu, Februari 25, 2012

Barisan Nasional membela rakyat

YB Datuk Haji Suhaili Haji Said
Tungku : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N49 Tungku ( ADUN ), YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata, hanya kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional dapat membela nasib rakyat di Negara ini.

Bukti jelas dengan pelbagai pembangunan yang dibawa oleh kerajaan melalui program-program bermanfaat kepada rakyat seperti Minit Estat Sejahtera ( MESEJ ) di kampung Nala yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak baru-baru ini.

Suhaili berkata demikian ketika menyempurnakan majlis sentuhan kasih yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat ( UPKR ) Tungku dengan kerjasama Yayasan Sabah Lahad Datu dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Katanya lagi, kehadiran Perdana Menteri ke Tungku buat pertama kali, telah mengubah corak pemikiran rakyat di Tungku yang mahukan Barisan Nasional terus memerintah Malaysia. Selama lebih 50 tahun Malaysia telah diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional yang mengutamakan kebajikan rakyat menandakan bahawa Barisan Nasional adalah parti yang cemerlang.

Apatah lagi Malaysia telah menempah nama diperingkat antarabangsa dengan pencapaian dalam pelbagai bidang termasuk pertubuhan ekonomi yang telah membawa Malaysia menjadi Negara perindustrian.

Suhaili mengambil kesempatan bersama pemimpin masyarakat Tungku mendengar permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Tungku
Jelasnya, Malaysia dahulu yang dikenali sebagai Negara pertanian telah mengubah lanskap ekonomi baru menjadi salah satu kuasa ekomoni di Asia Tenggara.

Suhaili menyampaikan peralatan sekolah kepada Guru Besar SK Bikang sambil disaksikan oleh En. Perkins Suhman
Pelbagai pendekatan yang telah dibawa oleh kerajaan daripada dasar ekonomi baru ( DEB ) kepada satu dasar MEB ( Model Ekonomi Baru ) yang memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat di Negara ini.

HAMPER...Salah seorang penerima hamper di kampung Nala
Tambahnya lagi, seiring dengan pembaharuan tersebut, kerajaan juga telah memperuntukan sejumlah wang bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) dan sebagainya.

PENERIMA KERUSI RODA... Suhaili dan pemimpin masyarakat Tungku merakamkan gambar bersama penerima Roda yang disumbangkan oleh Yayasan Sabah 
Manakala dalam majlis tersebut Suhaili telah mengumumkan peruntukan pembaikan jalan masuk ke kampung Nala sebanyak RM10,000.00 dengan menutup jalan berlubang sementara cadangan pembinaan jalan pantai ke Pekan Tungku diluluskan.

Dalam majlis itu juga, Suhaili turut mengadakan lawatan rumah ke rumah ( Walkabout )di kampung Nala dengan menyampaikan hamper berupa barangan dapur kepada penduduk yang layak dan terpilih.

Sabtu Susulan
Terdahulu Pengerusi Penganjur program sentuhan kasih merangkap Pengerusi JKKK kg. Nala En Sabtu bin Susulan berkata dalam ucapannya, antara objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara wakil rakyat dan rakyat di kg. Nala, Kg Bakulud dan Kg Barigas.

“ Kami amat berbesar hati dengan kehadiran YB Datuk Haji Suhaili ke kampung kami dengan harapan penduduk kampung dapat meluahkan masalah yang penduduk dihadapi ”.

Saya sebagai wakil penduduk juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana YB Datuk Haji Suhaili meluluskan peruntukan pembaikan jalan masuk ke kampung Nala.

Antara pengisian majlis tersebut ialah pertandingan membakar ikan cencaru yang disertai oleh kampung-kampung berdekatan seperti kampung Nala, Kg. Bakulud, Kg. Barigas, Kg. Tulibas dan diadili sendiri oleh YB Datuk Haji Suhaili. Johon disandang oleh Kg. Nala, tempat kedua kampung Barigas dan ketiga kampung Tulibas.
Antara peserta pertandingan membakar ikan cencaru
Turut hadir penolong Pegawai Daerah Tungku, En. Ibrahim Haji Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Wakil dari Yayasan Sabah En. Perkins Suhman, Ketua Daerah Tungku Abdillah Hamzah, Ketua anak Negeri En. Mukmin Hj Anghai, Alin Kiang, Datu Ramlie Datu Mayong, dan pemaju mukim Tungku Haji Abd Kayum Hj Omar, Abd Hadji Asari.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.