Selasa, Oktober 11, 2011

Kejohanan Badminton Beteran tertutup Kg. Segangan

Segangan : Kejohanan Badminton Beteran tertutup Kg. Segangan yang dianjurkan oleh kelab belia dan veteran Kg. Segangan telah berlansung dari 8hb. Oktober. 2011 hingga 10hb. Oktober. 2011 di dewan Sri Ladtang Kg. segangan yang menawarkan hadiah lumayan bagi pemenang kejohanan dalam ketegori bergu.

Dalam pertandingan tersebut, pasangan bergu En. Gaffar Anghai dan Abdullah Manan telah menjuarai kejohanan tersebut dengan menewaskan pasangan bergu Asman Badallan dan Abdul Latif Anghai dalam masa 42 minit seterusnya merangkul hadiah barangan elektrik dan wang tunai RM500.00.

Manakala tempat ketika dimenangi oleh pasangan bergu Mohd Azmin Abantas dan Mohd Safik Mutalib mengalahkan pasangan Ab Salam Anghai / Mohd Azri Ambo Dain dengan masing-masing menerima hadiah barangan elektrik dan wang tunai RM 200.00 dan RM 300.00.

Tahniah...Kamarudin menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan
Bagi hadiah tempat pertama telah disumbangkan oleh Dalit Enterprise, naib johan disumbangkan oleh Idaman Jaya Constrution, ketika oleh Kausar Jaya Kontraktor dan tempat keempat oleh Kelab Beteran Sri Ladtang.

Pegawai Kemajuan Rakyat Tungku ( CDO ) En. Kamarudin Haji Hamid berkata, dengan penganjuran kejohanan seperti ini, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk kampung.

Katanya lagi, dalam masa yang sama, ianya dapat memberi peluang kepada anak-anak muda di kampung melibatkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat. Sudah tentu mereka ini tidak akan terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti lepak dan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

Rakam gambar...Peserta kejohanan turut merakamkan gambar bersama Kamarudin
Kamarudin berkata demikian ketika menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut yang julung-julung kalinya diadakan di dewan Sri Ladtang, Kg. Segangan.

Turut hadir masa majlis tersebut ialah Ketua Anak Negeri kawasan Tungku En. Mukmin Haji Anghai yang juga pengerusi penganjur kejohanan.

Pengerusi JKKK penting dalam pembangunan kampung

Komited ... Suhaili begitu komited dalam memberikan taklimat
Tungku : Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) kawasan Tungku YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung adalah nadi penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah kampung. 

Ini adalah kerana, Pengerusi JKKK adalah pemimpin yang sentiasa rapat dan dekat dengan penduduk kampung apatah lagi menjadi mata dan telinga kerajaan menyampaikan apa sahaja permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Suhaili berkata demikian ketika mengadakan taklimat kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) kawasan Tungku di Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat batu 5, jalan Tungku, Tengah Nipah baru-baru ini.

Pengerusi-Pengerusi JKKK yang hadir pada taklimat tersebut
Katanya lagi, dalam era yang semakin mencabar ini, kita hendaklah mengubah cara pendekatan dan kepimpinan agar sentiasa relevan dengan keperluan masyarakat kita pada hari ini.


Jika kita tidak berubah, kemungkinan besar kita akan ketinggalan dalam arus perubahan global yang menuntut kita supaya lebih bekerja keras di samping menambah ilmu pengetahuan tentang maklumat teknologi terkini.

Terdahulu Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin berkata, Pengerusi-Pengerusi JKKK yang telah dilantik hendaklah menunjukkan komitmen kerja yang tinggi dan sentiasa menjalin kerjasama diantara penduduk kampung, pentadbiran daerah dan unit pemimpin kemajuan rakyat Tungku.

Tahniah...Suhaili menyampaikan Watikah perlantikan kepada Sazily Naga 

Tanpa sokongan dan kerjasama yang baik, kita tidak akan dapat memberikan perkhidmatan untuk rakyat, maupun mengenal pasti permasalahan penduduk kampung.

Oleh itu, beliau berharap agar semua pemimpin diakar umbi memberikan satu lonjakkan perubahan sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri Datu Seri Najib Tun Abd Razak, iaitu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Dalam majlis itu juga, Suhaili telah menyampaikan perlantikan kepada 4 orang JKKK yang baru di kawasan DUN Tungku.


Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim dan Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Haji Anghai, Pemaju Mukim Tambisan En. Nourdin Abd Rajin.