Isnin, Februari 28, 2011

Kejadian sesetengah negara perlu dijadikan iktibar

Tungku : Rakyat di negara ini wajar bersyukur kerana hidup dalam suasana aman dan damai berbanding dengan sesetengah negara yang kacau bilau akibatnya keadaan tidak menentu yang berlaku.

SAMBUTAN MERIAH.... Suhaili diiringi dan disambut oleh penduduk kampung Binuang sebaik tiba di Majlis tersebut
Anggota Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Suhaili Haji Said berkata keamanan kita kecapi menggambarkan bahawa rakyat begitu memahami nilai perpaduan yang membolehkan mereka saling menghormati tanpa sebarang rintangan.

Antara pemimpin hadir pada majlis tersebut
Beliau berkata, cara hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini memberikan imej yang positif membolehkan sesetengah negara mencontohi kejayan kita.

" Oleh itu, kita jangan mudah berpuas hati sebaliknya sentiasa berusaha untuk memastikan perpaduan yang terjalin erat terus berkekalan dan perkara paling penting sentiasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan tenteram, " katanya.

Ikrar dari pasukan RELA 
Suhaili berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian Program Rela Bersama Masyarakat di perkarangan gelanggang bola tampar di Kg. Binuang, di sini, kelmarin.

Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) ini menegaskan bahawa rakyat tidak akan rugi dalam mempertahankan suasana aman kerana ia adalah sesuatu yang tidak ternilai.

YB Datuk Mohd Suhaili Haji Said
Katanya, jika nikmat keamanan tercalar maka semua kaum akan porak-peranda sekali gus membawa negara ini kepada kehancuran kerana rakyatnya terjerumus ke kancah perpecahan.

" Ini yang kita harus fikirkan dan elakkan sama sekali. Sikap suka bertelagah hendaklah dielakkan kerana ia tidak membawa keuntungan malahan kerugian yang begitu besar.

" Bayangkan pemimpin terdahulu bertungkus-lumus memastikan kemerdekaan negara ini yang membolehkan semua kaum hidup aman tanpa halangan.

" Jesteru, kejadian yang berlaku di sesetengah negara wajar menjadi contoh tidak seperti Malaysia yang berjaya mengekalkan keamanan sosial, ekonomi mahupun politiknya, " tegas beliau.

Menurutnya, suasana keamanan inilah membolehkan rakyat menjalankan aktiviti harian dengan lancar tanpa wujudnya rasa takut kerana hubungan perpaduan sentiasa subur,

Suhaili menyampaikan pakaian seragam RELA kepada wakil RELA wanita 
Mengenai program itu, beliau mengajak penduduk setempat khususnya golongan muda supaya menyertai pasukan Ikatan Relawan Malaysia atau RELA sebuah pasukan sukarelawan yang mempunyai peranan cukup penting kepada negara.

Kehadiran penduduk kampung bagi memeriahkan lagi majlis tersebut
Ini katanya, RELA membantu memelihara kedaulatan dan keselamatan negara melalui visi serti misinya yang sentiasa berbakti kepada keselamatan negara.

" Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur di atas inisiatif melaksanakan program sebegini yang secara tidak lansung akan mengalakkan lebih ramai lagi untuk menganggotai RELA, " ujarnya.

Tarian sambut tamu dari penari-penari remaja Kg. Binuang
Hadir sama Pegawai RELA Daerah, Abdul Rashid Abd Sani, Pemimpin Kemajuan Rakyat ( PKR ) Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat ( CDO ) Tungku, Kamarudin Haji Hamid, Pemaju Mukim Silabukan, Abdul Hadji Asari dan pemimpin masyarakat setempat.

Ahad, Februari 27, 2011

Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik

Kg. Indah Jaya : Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh terbaik menjadi ikutan kepada umat Islam pada hari ini. Perjuangan Rasulullah S.A.W menegakkan syair Islam adalah salah satu perjuangan untuk umatnya. Ini adalah kerana Rasulullah dilahirkan adalah untuk membawa rahmat ke alam, kata Suhaili ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kg. Indah Jaya baru-baru ini.

Katanya lagi, tanpa perjuangan Rasulullah S.A.W hari ini kita mungkin tidak akan menerima syair Islam yang sememangnya satu kurniaan rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T.

Dalam masa sama, Suhaili juga mengingatkan agar mencontohi kehidupan Rasulullah S.A.W. Segala aspek dalam kehidupan Rasulullah S.A.W adalah sunnah. Apabila kita mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W kita akan mendapat pahala.

SUHAILI seorang yang berjiwa rakyat, kanak-kanak didekati dan bersalaman
Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul 1423 H pada tahun ini, 1 Malaysia, 1 Ummah, kita disarankan agar bersatu padu demi mengukuhkan perpaduan, ujarnya lagi.
Anak-Anak Kariyah di Kampung Indah Jaya turut hadir bagi memeriahkan lagi maulidur Rasul
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datu Baniamin Datu Jamaluddin Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku Kamarudin Haji Hamid dan Penyelia Kemajuan Masyarakat Tungku Puan Naimah Bte Abd Gafar
SUHAILI begitu mesra dengan masyarakat di Tungku
Majlis tersebut juga turut diserikan dengan bacaan berzanzi oleh anak kariyah di kampung tersebut dan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yunus Abu.

Jumaat, Februari 25, 2011

Kunjungan Hormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Pagi Jumaat bersama YB Datuk Suhaili Said, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah melakukan Kunjungan Hormat terhadap YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.


Turut hadir, Datuk Hj Awang Sharin Alimin Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Prof Dr Shahol Hamid VC UiTM dan pegawai-pegawai KPT yang lain.

Beberapa isu dibincangkan termasuklah isu penambah-baikan sistem Permohonan kemasukan anak-anak Sabah ke UiTM agar lebih ramai lagi anak-anak Sabah yang layak akan berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi Bumiputera yang terulung di Malaysia

Isnin, Februari 21, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di Tungku meriah

Tungku : Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2011M peringkat Daerah Kecil Tungku disambut meriah meskipun hujan membasahi perkarangan bangunan urusetia pada sabtu lepas.

BERARAK...  Suhaili ( lima dari kiri ) mengetuai perarakan yang turut disertai pemimpin masyarakat Tungku. Kelihatan Ibrahim ( empat dari kiri ) dan Haji Abd Hakim ( enam dari kiri )
Demi pembangunan ummah, majlis yangdisertai penduduk setempat terdiri daripada masyarakat dan pelajar pelajar sekolah itu saling menumpukan kepada pelbagai sepanduk menarik yang memuji junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai pesuruh Allah.

MERIAH... Sebahagian kontinjen yang mengambil bahagian dalam sambutan pada tahun ini
Sebelum itu, kira-kira 18 kontinjen telah berarak hampir satu kilometer bermula dari sebuah sekolah yang diketuai oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said, sambil diringi bacaan Selawat.

BERUCAP... Suhaili semasa menyampaikan ucapan perasmian pada masjlis tersebut
Suhaili yang juga Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) berkata, sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah S.W.T kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan lurus serta benar.

TIDAK DILUPAKAN... Suhaili  semasa menyampaikan pengagihan wang kepada fakir miskin di kawasan Tungku yang disumbangkan oleh Felda Plantation Sdn Bhd sempena majlis tersebut
Menurutnya, rahmat yang disebut dalam Al-Quran Al- Karim bukan sahaja pada diri Nabi Muhammad semata-mata tetapi adalah amanah yang dipikul untuk menyampaikan wahyu Allah melalui kitab suci AL-Quran dan As-Sunnah.

HADIR... Sebahagian pemimpin masyarakat Tungku dan Lahad Datu meluangkan masa untuk memeriahkan sambutan kali ini
Justeru, katanya, Nabi Muhammad bukan sahaja dapat menyatupadukan seluruh umat di pelusuk dunia tanpa mengira paras rupa, keturunan bangsa dan budaya, bahkan berjaya membentuk keharmonian dengan menjadikan agama Islam sebagai lambang kekuatan satu ummah.

Imam-Imam memulakan majlis dengan bacaan selawat ke atas junjungan Rasulullah
Bersempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini bertemakan ' 1 Malaysia, 1 Ummah ' beliau mengajak umat Islam di negeri ini agar bersatupadu menjadikan Malaysia bukan sahaja sebuah negara yang aman dan harmoni tetapi juga maju dari pelbagai aspek kehidupuan khasnya di daerah kecil Tungku ini.

" Sebagai umat Islam, paling penting ialah kita sentiasa mencontohi kepimpinan Nabi Muhammad yang terkenal dengan keperibadian mulia, sentiasa sabar tetapi bertanggungjawab, " ujar Suhaili semasa berucap menyempurnakan perasmian majlis tersebut.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2011 M peringkat Daerah Kecil Tungku, Ibrahim Haji Abdul Hakim, Penolong Pegawai Daerah ( Bahagian Pentadbiran ), Juraimin Haji Jadil, dan Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah ( USIA ) Pusat, Haji Abdul Hakim Haji Ghulam Hassan.

TOKOH MAULIDUR RASUL... Suhaili ( Kanan ) bergambar bersama Haji Abirin ( Tengah ) sebaik diumumkan sebagai penerima anugerah tokoh berkenaan.
Sementera itu, seorang pemimpin masyarakat Tungku iaitu Haji Abirin Aplasin dinobatkan sebagai tokoh Maulidur Rasul sempena sambutan kali ini.

Beliau yang dilahirkan di Kg. Mundas, Tungku pada 12 Oktober 1935 ini telah bersekolah di Gorrt Primary School ( GPS ) Tungku pada tahun 1945 dan tamat darjah lima.

Beliau sangat aktif dalam ugama dan pernah berkhidmat sebagai askar Wataniah selama 11 tahun berpangkat koperal.

En. Azhar Idris GM Felda Plantation turut hadir
Selain mantan Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) selama 10 tahun dalam era pemerintahan BERJAYA, Abirin juga adalah ketua Cawangan Umno Kg. Mundas yang aktif.

Abirin terkenal dengan sifat mesranya kepada penduduk setempat di mana sumbangan besar beliau ialah mewakafkan tanahnya seluas tiga ekar untuk tapak pembinaan Masjid Daerah Kecil Tungku di Kg. Ulang-Ulang.

Pertandingan sepanduk yang diadakan menyaksikan Masjid Felda Desa Kencana muncul sebagai johan bagi ketegori jabatan, agensi kerajaan dan badan berkanun.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang Kg. Dengan Kg, Mundas dan Kg. Sri Hak.

Bagi ketegori ladang, kampung, masjid dan surau pula menyaksikan Rumpun Seni Budaya ( RYSBA ) muncul johan manakala naib johan dan ketiga KAFA Daerah Tungku serta Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam.

Kategori sekolah dimenangi Asrama SK Sri Pantai manakala naib johan dan tempat ketiga SK Sahabat 16 serta SK Tungku.

Khamis, Februari 17, 2011

Lawatan YB Datuk Ustaz Suhaili Haji Said dan Pegawai Daerah Lahad Datu ke Projek Mesej Nala.

Suhaili dan Zulkefle berbincang mengenai pembangunan program Mesej
Tungku : Lawatan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said dan Pegawai Daerah Lahad Datu En. Zulkefli Nasir bersama-sama pemimpin-pemimpin masyarakat Tungku meninjau dan melihat perkembangan dan kemajuan kerja-kerja terakhir projek tersebut.

Suhaili berkata, projek Mesej di Nala Tungku membawa perubahan bentuk ekonomi penduduk di Tungku apabila projek tersebut siap dan diduduki oleh peserta yang telah dipilih melalui temuduga oleh Pejabat Daerah.

Tambahnya lagi, projek ini mengusahakan penanaman agar-agar ( Rumpai Laut ) dan penjagaan kolam ikan Baulu.

Permintaan tinggi kepada kedua-dua produk ini membolehkan para peserta akan memperolehi pendapatan yang lumayan dan sudah tentu akan mengurangkan paras kemiskinan di peringkat daerah seterusnya diperingkat negeri.

1 Malaysia... merakamkan gambar di tapak MESEJ Nala
Sasaran kerajaan mengurangkan miskin dikalangan rakyat akan tercapai dengan kejayaan projek Mesej yang mensasarkan orang-orang miskin, ujarnya lagi.

Pelbagai kemudahan asas yang boleh didapati di projek ini seperti Dewan serbaguna, Masjid, Tadika, bekalan air bersih dan elektrik.

Suhaili berharap agar peserta-peserta yang terpilih hendaklah bersyukur kepada kerjaaan Barisan Nasional yang telah menyediakan pelbagai peruntukan untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku Ibrahim Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Tungku Abdillah Hamzah dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku Kamarudin Haji Hamid.

Rabu, Februari 16, 2011

Bersatu dan sokong Barisan Nasional ( BN ) demi perpaduan

YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
Tungku : Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan N49 Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said menegaskan bahawa, setiap kominiti dalam sesebuah kampung hendaklah menunjukkan ikatan silaturahim demi perpaduan yang membawa keharmonian dan kesejahteraan negara.

Bersatu padu adalah lambang kepada perpaduan. Dalam kita merintis dan melangkah maju untuk membangunkan negara, aspek perpaduan hendaklah diterapkan dan ditingkatkan agar ianya subur dilaksanakan oleh semua rakyat walaupun berbeza pendapat dan fahaman agama, kata Suhaili ketika menyaksikan penyerahan kunci Pejabat Daerah Kecil Tungku baru.

Nasir menyerahkan Kunci Pejabat kepada Ibrahim sebagai simbolik 
Turut hadir adalah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku, En. Ibrahim Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Tungku Abdillah Hamzah dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kampung kawasan Tungku.

Ini adalah kebanggaan kita semua di daerah Tungku ini dengan siapnya bangunan yang menjadi trademark kepada rakyat di kawasan Tungku.

Tambahnya, ini adalah kerana, Pejabat Daerah Kecil Tungku akan menempatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Air, Jabatan Pertanian, Jabatan Hal –Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Pejabat Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Tungku, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perhutanan, katanya lagi.

Jabatan-jabatan ini akan memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan Tungku dan sudah tentu ianya akan memberi manfaat dengan penjimatan masa dan wang ringgit.

Jelasnya, bangunan Pejabat Daerah Kecil Tungku ini bernilai RM 2 Juta dan dibina oleh kontrektor ‘ Pemborong Mudah ’ serta disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Suhaili juga mengumumkan beberapa projek pembangunan di kawasan Tungku seperti Pembinaan Loji Air Silabukan telah diluluskan, Loji Air Tungku dalam pembinaan, menaiktaraf jalan Ke Tambisan dan projek bekalan air graviti di Tambisan

Sementera itu, Pegawai Daerah Lahad Datu, En Zulkefle Nasir melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana Tungku telah mendapat satu bangunan baru yang signifikan lagi cantik.

Zulkefle Nasir
Nasir juga berkata, kontraktor yang telah terpilih membina bangunan ini telah berjaya menyiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Katanya lagi, faktor utama kesyukuran ialah dengan usaha YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said yang telah bertungkus lumus memohon kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman agar dibina satu urusetia pentadbiran yang baru di Tungku, ujar Nasir ketika majlis menerima kunci daripada kontrektor Pemborong Mudah.

Oleh itu beliau berharap agar, semua kakitangan di pejabat Daerah Kecil Tungku menjaga dengan sebaiknya bangunan pejabat agar sentiasa dalam keadaan baik.

Ahad, Februari 13, 2011

Umno adalah teras kepada perjuangan orang Melayu

Tungku : Satu majlis pemimpin bersama rakyat yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku dan Jawatan kuasa Keselamatan dan kemajuan kampung Perpaduan Skim Begahak yang dipengerusikan oleh En Hayudin bin Nordin di kediaman En. Nordin pada Ahad.

Majlis ini dihadiri oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah.

Dalam ucapannya, beliau berkata, kekuatan Umno adalah berteraskan kepada perjuangan orang Melayu. Tanpa perjuangan orang Melayu maka tidak akan wujudlah Umno sehingga hari ini.

Selain dari itu Umno ada parti yang begitu sesuai dengan inspirasi rakyat berbangsa Melayu di mana ianya menjadi tunjang pemerintahan di Malaysia, ujar Suhaili ketika berucap pada majlis tersebut.

Apabila kita mengingati kembali di zaman sebelum merdeka, maka ianya adalah suatu yang amat memeritkan, tetapi perjuangan pejuang-pejuang menuntut kemerdekaan telah menghasilkan satu impak yang besar kepada Tanah Melayu dengan diikhtiar sebagai negara yang mereka pada 31 ogos 1957 dan terbentuknya Malaysia pada 16 september 1963.

Kemakmuran yang kita nikmati pada hari ini bukanlah datang dengan mudah, oleh itu marilah kita sama-sama mempertahankannya dan memberikan yang terbaik kepada pembangunan negara. Perpaduan yg sedia terjalin sebelum ini, hendaklah dikekalkan dan ditingkat lagi.

Kita haruslah bersyukur dengan nikmat kemerdekaan tersebut. Tanpa kemerdekaan yang dikecapi kita tidak akan dapat memajukan negara, katanya lagi.

Dalam masa yang sama beliau berharap agar matlamat kerajaan dapat direalisasi dan diterjemahkan melalui penglibatan pemimpin mesyarakat secara menyeluruh, oleh itu pemimpin muda amat diperlukan khidmat demi memberikan khidmat yang lebih efisen dan berkesan.

Suhaili yang juga Timbalan Ketua Bahagian Umno Silam berkata, penganjuran program sebegini membolehkan penduduk berkumpul dan bertemu dengan pemimpin untuk meluahkan permasalahan yang mereka hadapi. Ini mengambarkan perpaduan dalam masyarakat harus dijaga dengan sebaik mungkin.

Dalam majlis tersebut, YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili turut menyerahkan watikah perlantikan Pengerusi JKKK kepada En. Hayudin Bin Nordin

Hayudin Nordin
Menurut En Hayudin Nordin Pengerusi JKKK Kg. Perpaduan Skim Begahak, beliau amat bersyukur atas perlantikannya sebagai Pengerusi JKKK yang baru dan berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik dan sedia bekerjasama demi untuk kepentingan penduduk di kampung Perpaduan Skim Begahak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat ( PKR ) Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Puteri Umno Silam Puan Mizmah Afedullah, CDO Tungku Kamarudin Haji Hamid dan Pemaju Mukim Silabukan Abd Hadji Asari.

Jumaat, Februari 11, 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kecil Tungku 1432 H

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Tungku 1432H

Dirasmikan oleh YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
ADUN N49 Tungku

Tarikh : 19 hb . Februari. 2011 ( Sabtu )

Tempat : Perkarangan Pejabat Daerah Kecil Tungku
              Berarak dari Padang SK Tungku ke Perkarangan Pejabat Daerah Kecil Tungku

Masa    : Jam 7.30 Pagi


1 Malaysia 1 Ummah
Majis Tahlil

Di  Masjid Kg. Mundas
Pada : 14hb. Feb. 2011
Jam 5.00 petang
Orang ramai dijemput hadir