Rabu, Januari 26, 2011

Perjumpaan penduduk kampung Burung dan kampung Unta

Tungku : Seramai 35 orang mewakil penduduk kampung Burung dan kampung Unta merayu kepada kerajaan agar mereka di tempatkan ke kawasan perkampungan baru di mana mereka akan diarah keluar daripada perkampungan kampung Burung dan Unta yang dimiliki oleh individu yang telah membeli tanah perkampungan tersebut.

Menurut Haji Tikson yang juga wakil Ketua Anak Negeri N49 Tungku Mukim Silabukan, selama ini penduduk di kawasan tersebut telah lama menduduki kampung Bunung dan Unta tetapi tidak memiliki lot-lot tanah kerana tanah itu dimiliki oleh perseorangan.

Oleh yang demikian, beliau berharap agar pihak kerajaan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kampung Burung dan kampung Unta.

Dalam perjumpaan tersebut, YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said Anggota Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Timbalan Ketua Bahagian Umno Bahagian P188 Silam berkata, salah satu alternatif penduduk kampung ialah menyewa di Pangsapuri Mutiara Kasih Batu 5, Jalan Tungku sebelum mendapat tapak untuk perkampungan baru.
Beliau yang juga Presiden Majlis Hal -Ehwal Anak Negeri Sabah, menyarankan agar penduduk mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah agar memohon penangguhan sementera keluar daripada kampung tersebut untuk orang-orang kampung mencari kawasan penempatan baru.

Dalam masa yang sama, Suhaili telah mengadakan perbincangan dengan Pegawai Daerah Lahad Datu En. Zulkifli Nasir bagi mencari penyelesaian mengatasi masalah penempatan kedua-dua kampung tersebut.

Hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai kemajuan Rakyat N49 Tungku Kamarudin Haji Hamid dan Wakil Ketua Anak Negeri Kawasan Mukim Silabukan Haji Tikson Haji Abu Kassim.