Ahad, April 18, 2010

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Tungku 2010

Assalamulaikum, salam sejehtera dan salam 1 Malaysia...

Saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Tungku menjemput Datuk/Datin/Tuan/Puan ke majlis tersebut pada ketetapan berikut :

Tarikh   :  15hb Mei. 2010
Tempat :  Kg. Manar, Tungku
Masa    :  Jam 8.00 pagi.

Kehadiran Datuk/Datin/Tuan/Puan ke majlis tersebut amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis tempatan.

Sekian dan terima kasih.

Sabtu, April 17, 2010

Program Sepakat Bistari Komuniti Bestari Daerah Lahad Datu

16 April Lahad Datu - Program Sepakat Bestari Komuniti Bestari diadakan di Dataran Palma yang dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Datu Nasrun Bin Datu Hj. Mansur ADUN N50 merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri dan ditutup oleh Hj. Salleh Kalbi Ahli Dewan Rakyat P188 Silam. Pada sebelah malamnya ceramah disampaikan oleh YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ADUN n49 Tungku. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana dalam menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, objektif program ini adalah untuk melibatkan seluruh komuniti supaya turut menyertai program dan memberi maklumat mengenai dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan. Meningkatkan pengetahuan masyarakat supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana dalam mengukuhkan jati diri dan menjadi asas kepada kestabilan, sosial dan ekonomi negara. Membentuk golongan masyarakat yang bijak dalam menggunakan ilmu pengetahuan serta celik IT dalam meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat untuk pembangunan komuniti.

YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili berucap dalam program tersebut, program sepakat Bestari adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pemimpin dan rakyat khususnya. Jabatan Penerangan adalah salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan. Dalam masa yang sama, ianya juga menjadi landasan kepada masyarakat untuk lebih mengetahui info-info terkini perjalanan dan hala tuju matlamat kerajaan seperti gagasan satu Malaysia yang diilhamkan oleh perdana menteri Malaysia Datu Seri Najib Tun Abd Razak.

Peranan setiap Jabatan adalah penting untuk merealisasikan dan menterjemahkan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Ini adalah kerana jabatan-jabatan adalah berperanan menyampai dan membantu masyarakat di dalam bidang masing-masing. Adalah lebih praktikal, melibatkan setiap jabatan apabila program seperti ini diadakan sebagaimana yang ada pada hari ini, ujarnya lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Sabah En. Raymie Amiril, Pegawai Daerah Lahad Datu, En. Zulkeple Nasir dan pemimpin-pemimpin persekutuan dan negeri.

Rabu, April 14, 2010

Peneroka Felda mendapat manfaat sepenuhnya daripada FELDA

Saya ingin memberi komen mengenai beberapa pihak yang membuat pelbagai tuduhan liar dan tidak mengetahui mengenai hal-ehwal pentadbiran di Felda, dengan menyatakan bahawa Peneroka yang di tempatkan di tanah Rancangan FELDA di gugusan Sahabat diabaikan dan sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti penderaan dan sebagainya.

Apabila kita sebut mengenai FELDA, kita mesti terfikir ianya satu kawasan perladangan penanaman Kelapa Sawit yang terbesar di Malaysia dan terkenal dengan pengeluaran Minyak Sawit Mentah ( MSM ) yang berkualiti tinggi. Dengan kewujudan FELDA di gugusan Sahabat, Tungku, maka ianya telah merubah aktiviti-aktiviti ekonomi penduduk tempatan dari menjadi nelayan kepada seorang kontrektor yang berjaya mengubah taraf hidup lebih baik. Kesan tersebut amat dirasakan dan ini adalah salah satu matlamat pengwujudan FELDA di Sabah. Bayangkanlah, pelbagai perusahaan boleh dijalankan di kawasan Felda dengan memberi keutamaan kepada peneroka-peneroka di Felda Sahabat.

Peneroka diberi pelbagai kemudahan pinjaman sebagai contoh pinjaman membaiki rumah kepada peneroka-peneroka yang tidak berkemampuan membaiki dan membesarkan rumah. Bukannya dengan diberi pinjaman-pinjaman tersebut membebankan peneroka, tetapi pengurusan FELDA amat mengambil berat kebajikan peneroka-peneroka yang sudah tentunya memerlukan pembelaan yang sewajarnya.

Tuduhan pihak tertentu, peneroka dibebani oleh hutang yang berpanjangan adalah tidak benar, kerana jika pihak pengurusan FELDA tidak memberikan kemudahan kredit kepada peneroka-peneroka maka dimanakah peneroka-peneroka ini boleh membuat pinjaman dan bantuan ?

Ada sebilangan peneroka yang tidak berpuas hati dengan cara pengurusan FELDA, di mana mereka menyatakan bahawa FELDA tidak prihatin dan  mengabaikan keluhan mereka. Tetapi harus kita ingat bahawa mereka-mereka yang tidak berpuas hati ini adalah peneroka yang selalu menimbulkan pelbagai masalah-masalah dengan pihak pengurusan FELDA, dengan menyatakan bahawa hasil FELDA di Sabah akan dibawa ke Semenanjung. Apakah asas seorang peneroka membuat tuduhan sedemikian ? Adakah didorong oleh perasaan tidak puas hati ? Wajarkah seorang peneroka berkata demikian ?. Jika kita fikirkan secara logik, memang tidak wajar seorang peneroka berkata demikian. Kerana, sebelum peneroka ini masuk sebagai peserta peneroka di FELDA, kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hari ini kita boleh melihat betapa beruntungnya peneroka dengan memiliki tanah dan rumah yang boleh diwarisi sehingga turun temurun.

Pengalaman saya berkhidmat di FELDA selama 8 tahun dapat merasakan pelbagai kemudahan yang saya perolehi daripada FELDA. Kebajikan pekerja dijaga dengan menyediakan rumah, pengangkutan ke tempat kerja, kemudahan rawatan percuma di klinik-klinik panel dan sebagainya. Dari pengalaman tersebut saya dapat rasakan bagaimana bekerja di FELDA seolah-olah kita mendapat manfaat secara keseluruhannya. Saya berkata demikian, buka kerana saya ingin angkat bakul atau dengan kata lain ' membodek'  pengurusan
Felda walaupun saya tidak ada kepentingan dengan pihak FELDA, tetapi hakikat tersebut kita kena terima, " FELDA MEMBAWA 1 PERUBAHAN SOSIO EKONOMI MASYARAKAT DI TUNGKU "dan masyarakat di pantai timur negeri Sabah khususnya.

Jadikanlah isu bersesuaian dengan perkara yang sebenar. Jika kita tidak tahu mengurus kewangan sendiri kita hendaklah bertanya atau berfikir cara mana menggunakan duit untuk masa depan, fikir-fikirkanlah....

Ahad, April 11, 2010

Taklimat 1 Malaysia dan MARA anjuran UPKR N49 Tungku

Tungku - Talimat 1 Malaysia dan Mara yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku yang diadakan di bilik mesyuarat Pejabat UPKR N49 Tungku yang dihadiri oleh pengerusi-pengerusi JKKK kawasan Tungku. Taklimat 1 Malaysia yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Lahad Datu En. Abd Aziz Ghani dan taklimat MARA disampaikan oleh En. Mohd Azhar Mohamed Pegawai MARA Daerah Lahad Datu.

Dalam taklimat tersebut, En, Aziz memberikan taklimat yang bertajuk 1 Malaysia " Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan ". Tajuk ini penting kepada pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi seperti Pengerusi JKKK untuk disampaikan kepada masyarakat di tempat masing-masing. Tidak ada gunanya kita melaung-laungkan konsep 1 Malaysia tetapi tidak melaksana dan merealisasikannya serta menterjemahkan nya untuk difahami oleh rakyat. Tanggungjawab pemimpin-pemimpin diperingkat kampung menyampaikan konsep ini dan adalah wajar pengerusi-pengerusi JKKK berperanan bersama-sama Ketua-ketua kampung sebagai jentera kerajaan diperingkat akar umbi.

Apabila kita menyebut 1 Malaysia iaitu menggariskan lapan nilai sebagai teras bagi mendukung matlamat berkenaan - Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Integeriti dan Pendidikan.Oleh yang demikian, dengan 8 nilai tersebut di atas maka ianya akan dapat memberi panduan dan hala tuju untuk memimpin bagi merealisasikan konsep 1 MALAYSIA.

Taklimat MARA diadakan bagi memberi kefahaman kepada pengerusi-pengerusi JKKK kawasan Tungku mengenai pelbagai aktiviti-aktiviti MARA seperti perniagaan, pinjaman dan sebagainya. Pengerusi-pengerusi JKKK hendaklah sentiasa mengetahui perkembangan semasa mengenai pelbagai aktiviti-aktiviti agensi-agensi kerajaan seperti MARA, Jabatan Pertanian, MPOB dan lain-lain yang  boleh memberi pulangan pendapatan kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

YB berharap agar pengerusi-pengerusi JKKK yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah bagi menyahut gagasan 1 Malaysia. Slogan Bersih, Cekap dan Amanah adalah menjadi asas kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin di semua peringkat.  Jesteru itu, pemimpin yang telah dilantik hendaklah sentiasa menjaga sikap dan tabiat agar dicontohi oleh masyarakat setempat. Kita tidak boleh menjadi pemimpin jika kita tidak dapat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Taklimat ini diadakan bagi memberikan satu gambaran yang tepat kepada pengerusi-pengerusi JKKK di kawasan Tungku mengenai matlamat kerajaan agar rakyat pada hari ini bersatu padu dan mengamalkan sikap keterbukaan bagi menjamin keamanan dan kesejehteraan negara, ujarnya lagi.

Ahad, April 04, 2010

Pertandingan Bola Sepak (Tiga Penjuru), Zon Tungku, Lahad Datu dan Felda, Anjuran UPKR N49 Tungku dan Pemuda Umno Kg. Telisai.

Kg. Telisai - Kita akan sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan Bola Sepak, Bola Tampar dan lain-lain sukan bagi memberi ruang kepada anak-anak muda di kawasan Tungku terlibat sama dalam program-program atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Adalah jelas bahawa pemuda dan pemudi di Tungku tidak diabaikan malahan sebelum itu pelbagai aktiviti seperti kursus komputer, kursus menjahit diadakan bagi melibatkan remaja dan anak-anak muda. Dengan penganjuran seperti ini YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku berharap agar ianya dapat merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan anak-anak muda di Tungku dengan pemimpin-pemimpin akar umbi, selain dapat mencungkil bakat-bakat baru pemain Bola Sepak, ujar nya lagi.

Pertandingan ini disertai oleh 15 pasukan dari Zon Tungku, Zon Felda dan Zon Lahad Datu yang di adakan di padang SK Telisai, Tungku. Format perlawanan adalah 9 sebelah yang diadili oleh pengadil SAPA. Piala dan Trofi disumbangkan oleh YB Datuk Suhaili dan pertandingan ini akan diadakan setiap tahun bagi merebut kejuaraan Piala YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ADUN N49 Tungku.

Menurut pengerusi penganjur kejohonan, En. Saharudin Resevelt, penyertaan kali ini amat mengalakkan kerana dengan penyertaan 15 pasukan dikejohanan ini, ianya adalah melebihi sasaran penganjur. Oleh yang demikian, En. Saharuddin berharap agar kejohanan Bola Sepak akan datang dapat disertai lebih banyak lagi pasukan dari ketiga-tiga zon. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili kerana menyumbangkan Piala dan Tropi dan seterusnya dapat meluangkan masa untuk hadir dan melihat sendiri perlawanan tersebut. Johan bagi pertandingan kali ini ialah Pasukan Bola Sepak PGA Batalion 17 Lahad Datu, naib juara Pagaria FC mewakili Zon Tungku dan ketiga pasukan bola sepak Felstar mewakili Zon Felda. Pemenang membawa piala iringan berserta tropi.

Mengiringi YB Datuk ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah, Ketua Anak Negeri Tungku Hj. Abd Malek Hj. Aidala, Wakil Ketua Anak Negeri Tungku Datu Ramlie Datu Mayong, Pemaju Mukim Tungku Hj Abd Kayum Hj Omar, Ketua Kampung Telisai, En. Maihaddin Alibasa, Pengerusi JKKK Kg. Telisai En. Nohaji Naga dan Pengerusi Koperasi Telisai Berhad En. Mohd Amirol Hj. Hamid.

Gambar : YB sedang bersalaman dgn pemain dari Begahak Skim, sambil di perkenalan oleh En. Saharudin, selaku penganjur kejohanan.

Sabtu, April 03, 2010

PROFILE ADUN N49 TUNGKU

NAMA : YB MEJAR (K) DATUK USTAZ MOHD SUHAILI HJ SAID
TEMPAT LAHIR : KG. SEGANGAN, TUNGKU
TARIKH LAHIR : 01. 06. 1960
NO MAYKAD : 600601-12-5861
TINGGI : 1.62 CM
NAMA ISTERI : DG. SOPIAH BTE DATU JAMIUDDIN
BILANGAN ANAK : 6 ORANG ( 4 LELAKI & 2 PEREMPUAN )

ALAMAT : LOT 8 & 9, BLOK E, MDLD 2711 & 2712
1ST FLOOR, HOPE LEY LIGHT INDUSTRIES AREA,
JALAN DAM, 91100 LAHAD DATU
SABAH.

NO. TELEFON : 089-884049 (ADUN)/ 088-253118/246307 (MHEANS)
NO. FAX : 089-884049 (ADUN) / 088-259405 (MHEANS)
NO. HP : 019-8414988

JAWATAN : AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N49 TUNGKU
MERANGKAP
- PRESIDEN MAJLIS HAL EHWAL ANAK NEGERI SABAH
- AHLI LEMBAGA PENGARAH FELDA


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

1967 - 1968 - SK BINUANG
1969 - 1972 - SK BIKANG
1973 - 1974 - GOVERNMENT SECONDARY SCHOOL ( ENGLISH MEDIUM )
1975 - 1976 - SEK. MEN. TINGGI ARAB SULTAN ABDUL AZIZ SYAH
1977 - 1978 - KOLEJ ISLAM KELANG
                       - SPM : PANGKAT 1
                       - SIJIL AGAMA KOLEJ ISLAM

1980 - 1984 - UNIVERSITI AL-AZHAR
                     - IJAZAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
1986 - 1987  - MAKTAB PENGURUSAN ISLAM, KUALA LUMPUR ( KPLI )


LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN KERAJAAN

1987 - 1988 - GURU SMK KUNAK DAN SMK AGASEH
1989 - 1995 - PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN SANDAKAN
                       ( KETUA UNIT PENDIDIKAN ISLAM & TAMADDUN ISLAM )
1995 - 1996 - PEN. PENGARAH BAHAGIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN
                       JABATAN PENDIDIKAN SABAH.
1996 -            PEMANGKU PENGETUA SEK.MEN AGAMA TUN SAKARAN
                       SEMPURNA
                       ( MENERIMA ANUGERAH KHDMAT CEMERLANG )
1997 -            PEMANGKU KETUA PEN. PENGARAH PENDIDIKAN
                       SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM.

Khamis, April 01, 2010

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kecil Tungku 1431 H

Kg. Mundas - Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kecil Tungku 1431 H yang diadakan di Masjid Nur Imam, Kg. Mundas secara sederhana bagi memilih peserta Qari dan Qariah ke peringkat Negeri. Seramai 6 orang peserta yang memperdengarkan bacaan masing yang mewakili setiap Zon di Tungku.

Johan Qari majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kecil Tungku ialah wakil dari Zon Silabukan En. Jinirol bin Binsali dengan mendapat markah 78 %. Manakala johan Qariah pula disandang oleh Puan Kartini binti Madung mewakili Zon Felda dengan memperolehi markah 77 %.

Hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah, Ustaz Mohamad Tassawuf  bin Hasan Penolong Pegawai Tadbir Agama, JHEAINS Lahad Datu, Pengerusi Masjid Nur Imam, Kg. Mundas, En. Allen Kiang, Ketua Anak Negeri Tungku En. Hj. Abd Malek Hj. Aidala dan Wakil Ketua Anak Negeri Datu Ramlie Datu Mayong serta Datu Ibrahim Datu Karim.

Ibrahim berkata dalam ucapannya, dengan adanya majlis Tilawah yang diadakan pada setiap tahun, maka ianya akan dapat memberi ruang kepada Qari dan Qariah dari Tungku memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan seterusnya mewakili Tungku ke Peringkat Negeri. Salah satu objektif majlis ini adalah merapatkan hubungan silaturahim di antara pemimpin dan masyarakat setempat. Lazimnya apabila majlis seperti ini diadakan, maka ianya akan memberikan satu hala tuju memperkukuhkan perpaduan dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak dan berwawasan.