Isnin, Mac 29, 2010

Majlis penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Daerah Tungku

Tungku 29hb.Mac.2010 - Majlis penyerahan perlantikan Ketua Daerah Tungku yang baru yang disampaikan oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah kepada En. Abdillah bin Hamzah di bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Tungku.

Perlantikan En. Abdillah Hamzah ke jawatan Ketua Daerah tersebut adalah satu sejarah buat daerah Tungku kerana salah satunya perlantikan jawatan yang pertama di Tungku. Dengan perlantikan ini, maka ianya akan membawa satu bentuk perubahan kepada sistem pentadbiran hal-ehwal anak negeri di kawasan Tungku. Sebelum ini, En. Abdillah Hamzah telah pernah memegang pelbagai jawatan seperti Ketua Kampung, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Anak Negeri.

Menurut YB Datuk Suhaili, perlantikan ini adalah atas dasar keperluan jawatan tersebut di mana dengan kewujudan dan kepelbagaian suku kaum di Tungku, maka adalah tepat dan bersesuaian bagi memenuhi pelbagai adat istiadat setiap suku kaum.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Perhubungan P188 Silam En. Chong Su Vun, Ketua Bahagian PBS Tungku En. Bulungan Panasi, ketua-ketua anak negeri, ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK kawasan N49 Tungku.

Sebelum itu, YB Datuk turut hadir pada mesyuarat sambutan Pesta Keamatan peringkat Daerah Kecil Tungku yang dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim. Ahli Jawatan Kuasa Sambutan Pesta Keamatan Peringkat Daerah Kecil Tungku menetapkan pada 15hb. Mei. 2010 majlis tersebut diadakan di Kg. Manar, Tungku.

Ahad, Mac 28, 2010

Program Satu Komuniti Satu JPJ

Felda 28.03.2010 – Program Satu Komuniti Satu JPJ 2010 telah dirasmikan oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili HJ. Said Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) di Kolej Integrasi Ilmu ( Kini ) Felda Sahabat.

Program satu Komuniti satu JPJ ( SKSJ ) adalah merupakan program di mana pada dahulunya dikenali sebagai JPJ BERSAMA RAKYAT ( JBR ). Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat di luar bandar terutama warga emas dan orang asli dalam memperolehi lesen motosikal ( B2 ). Pengisian program ini seperti mengadakan sukan, ceramah agama dan sebagainya adalah bertujuan ingin merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga JPJ dengan masyarakat. Selain itu, JPJ juga turun padang dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pembaharuan lesen memandu, pembaharuan lesen kenderaan motor ( LKM ), semakan senarai hitam, pembayaran saman dan sebagainya. Ini sudah tentu akan memudahkan kepada masyarakat di luar Bandar berurusan secara terus dengan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ )

Seramai 271 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini di mana program ini bukanlah semata-mata hanya untuk memeperolehi lesen memandu motosikal tetapi ianya program yang amat bersesuaian dalam mencapai misi 1Malaysia ‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan ’ dengan cara mendekatkan pegawai-pegawai JPJ dengan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili berkata dalam ucapannya, Dengan adanya program seperti ini ianya akan meringankan beban penduduk luar Bandar khususnya para peserta yang berumur 40 tahun keatas yang rata-ratanya merupakan peserta program sulung JPJ Lahad Datu yang diadakan di Tungku ini.

Sebagai ADUN di kawasan ini, saya ingin mencadangan agar program ini diadakan secara berterusan dan dibuka peluang kepada para belia yang berumur 18 tahun keatas yang rata-ratanya penganggur dan sememangnya tidak berkemampuan untuk ke kelas memandu di Bandar Lahad Datu. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan JPJ Lahad Datu yang bertungkus lumus dengan sedaya upaya mereka menjayakan program ini dengan berulang – alik dari bandar Lahad Datu ke Tungku selama beberapa minggu.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Koprat JPJ Putra Jaya En. Zairi Mat Ali, Penolong Pengarah Penguatkuasa JPJ Negeri Sabah En. Abd Rahman Datuk Zakaria, RGM Felda Wilayah Sabah En. Hj Juany Hj. Salleh, GM Felda Plantation En. Sow Kim Yaw, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu ( Pentadbiran ) En. Juraimin Hj. Jadil  dan semua pegawai-pegawai JPJ Daerah Lahad Datu.

Ahad, Mac 14, 2010

Majlis Perasmian Amanah Ikhtiar Malaysia Blok Silabukan Cawangan Lahad Datu

14 Feb Kg. Remang – Majlis perasmian Amanah Ikhtiar Malaysia Blok Silabukan Cawangan Lahad Datu diadakan di Dewan terbuka Sekolah Agama Rakyat Kg. Remang yang dirasmikan oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Felda yang dihadiri oleh semua sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Blok Silabukan.

Menurut Pengurus Cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Lahad Datu En. Suharno Ali, Amanah Ikhtiar Blok Silabukan ini adalah diantara blok yang terbaik di kawasan Daerah Lahad Datu dengan mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang baik tanpa ada tunggakkan. Ini adalah satu usaha dan kerjasama daripada semua Sahabat AIM di Blok Silabukan. Oleh yang demikian En. Suharno berharap agar semua Sahabat-Sahabat di Blok Silabukan meningkatkan produktiviti dan kesungguhan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan ini sudah tentu ianya akan mencapat sasaran AIM membasmi kemiskinan dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi.

Dalam masa yang sama, YB Datuk Suhaili menasihatkan kepada semua ahli-ahli Sahabat di Blok Silabukan agar tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti Amanah Ikhtiar. Memanglah kita digalakkan meningkatkan taraf ekonomi, membantu suami tetapi pendidikan dan pelajaran anak-anak adalah lebih penting. Di era masa kini, pendidikan amat penting bagi menjamin masa depan anak-anak di masa akan datang. Tidak ada salahnya seorang wanita berniaga tetapi, seimbangkanlah aktiviti luar para Sahabat AIM dengan masa di rumah.

Turut hadir pada masjlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Rakyat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid dan Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Anghai

Jumaat, Mac 12, 2010

Pengambaran RTM di Tungku segmen Indahnya Negeriku ( Lambai Limbai )

Pada 6hb. Mac. 2010 krew RTM dari Kota Kinabalu telah mengadakan pengambaran segmen indahnya negeriku dalam siaran Lambai Limbai di Tungku yang akan ke udara dan disiarkan pada setiap hari selasa jam dua petang di TV 1. Krew RTM ini diketuai oleh En. Ares Arafa selaku penerbit rancangan Lambai Limbai.

Pengambaran pertama RTM di Tungku ialah di Felda Sahabat semasa perarakan sambutan maulidur Rasul peringkat Felda Sahabat yang dihadiri oleh semua petugas-petugas rancangan Felda di kawasan Sahabat dan dan penyertaan kontinjen sepanduk seramai 27 kontinjen. Seramai 2000 orang yang hadir pada sambutan tersebut.

Setelah pengambaran selesai di Felda Sahabat, krew RTM ke kawasan Pekan Daerah Kecil Tungku untuk membuat pengambaran mengenai pembangunan di Tungku. Selepas itu, krew RTM membuat pengambaran di Tanjung Labian dengan menyaksikan persembahan dari pelbagai suku kaum di Tungku iaitu tarian Igal-Igal suku kaum Bajau, tarian tradisional suku kaum Dusun Begahak ( Gilok ), tarian suku kaum Indahan, memperkenalkan pakaian suku kaum Bajau, Dusun Begahak dan Idahan.

Uniknya pada pengambaran RTM di Tanjung Labian, makanan tradisi orang-orang bajau turut diperkenalkan iaitu makanan sinagol, putu dan kuih-muih. YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said turut hadir bersama-sama krew RTM, pemimpin-peminpin tempatan dan penduduk di kawasan Tanjung Labian menjamu selara.

Seterusnya krew RTM membuat pengambaran di Tanjung Atiam yang terkenal sebagai Titik Rujukan Paling Timur di Malaysia yang telah diwartakan oleh pihak JUPEM pada 15 september. 2004. Titik rujukan ini digunakan sebagai stesen menentukan kedudukan Anak Bulan dan Takwim Hijri Malaysia. Tanjung Atiam berada di kawasan Mukim Tambisan yang terletak berhampiran pantai Dent Heaven, Kg. Tagupi, Tungku.

Krew RTM dan rombongan UPKR N49 Tungku memulakan perjalanan dari Bandar Lahad Datu pada jam 2.30 subuh untuk perjalan ke Tanjung Atiam bagi melihat terbit matahari yang pertama di Malaysia. Kami sampai di Tanjung Atiam pada 5.20 subuh dengan di sambut oleh Ketua Kampung Tagupi En. Abd Rahim Omar dan Ketua Kampung Lok Buani En. Roslan Abd Hamid. Setelah menunggu hampir setengah jam kemudian, matahari mula terbit tetapi oleh kerana cuaca pada pagi tersebut kurang memuaskan, matahari dilindungi awan tebal, kami tidak dapat melihat sepenuhnya suasana matahari terbit di Tg. Atiam.

Setelah selesai pengambaran RTM di Tanjung Atiam, kami bersama krew RTM ke Pantai Dent Heaven untuk melihat keindahan pantai tersebut. Dengan pantai yang mempunyai pasir berwarna putih ditambah keindahan pantai yang panjang adalah berpotensi dijadikan pusat perlancongan.

Pengambaran RTM diteruskan ke Tanjung Labian dengan menaiki bot untuk melihat destinasi memancing dan penangkapan ikan yang terkenal di kawasan Tungku. Tidak dapat dinafikan bahawa Tungku mempunyai tempat yang terkenal dengan destinasi memancing bagi memperkenalkan kepada kaki-kaki pancing dari luar.

Pengambaran seterusnya ialah di Jeti Felda Sahabat 16 dengan membuat pengambaran temuramah YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said. Turut hadir pada temuramah tersebut ialah semua pegawai Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Ketua Anak Negeri Tungku, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK dan pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan Tungku Seterusnya kami bersama Krew RTM dan rombongan YB Datuk ke Kg. Nala bagi membuat pengambaran mengenai perusahaan Rumpai Laut ( Agar-Agar ).

Keesokan harinya, Krew RTM membuat pengambaran terakhir di Pejabat Daerah Kecil Tungku. Selepas pengambaran di Pejabat Daerah Kecil Tungku krew RTM bergerak balik ke Kota Kinabalu.

Rancangan Lambai Limbai Segmen Indahnya Negeriku di Tungku akan disiarkan pada 6hb. April. 2010 selesa jam 2.00 petang. Kepada penduduk di kawasan Tungku dan rakyat di seluruh Malaysia saksikanlah keindahan di kawasan Tungku.

Jangan lepaskan peluang……!!!!

Rabu, Mac 10, 2010

Majlis Penyerahan Skim Bantuan Khas kepada Pelajar-Pelajar Miskin di Tungku

Lahad Datu 10 Mac - Seramai 61 orang pelajar dari sekolah menengah dan sekolah rendah di kawasan Tungku menerima Skim Bantuan Khas daripada Yayasan Sabah iaitu Sekolah Menengah Tungku, Sekolah Menengah Silabukan, Sekolah Menengah Agaseh, SK Stepen, SK Binuang, SK Pekan 1 & 2 dan SK Silabukan.

Majlis penyerahan Skim Bantuan Khas ( SBK ) tersebut dirasmikan oleh YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah. Majlis tersebut diadakan di Executive Hotel yang turut dihadiri oleh ibubapa pelajar yang menerima bantuan SBK.

Sesungguhnya dengan usaha Yayasan Sabah memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar di kawasan Tungku, adalah satu langkah yang baik dan merupakan satu kewajipan sosial daripada pihak badan-badan berkanun dan swasta. Usaha ini perlu mendapat sokongan untuk memberi ruang kepada syarikat-syarikat atau individu penyumbang dan memberi bantuan kepada pelajar yang layak, kata suhaili pada majlis tersebut.

YB Datuk berharap kepada penerima-penerima Skim Bantuan Khas agar menggunakan dengan sebaik-baikya bantuan tersebut bagi tujuan peningkatan mutu pendidikan dan mengurangkan beban ibubapa. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak agar ianya tidak ketinggalan dari arus perkembangan pembelajaran yang semakin berubah dari semasa ke semasa. Dalam masa yang sama, Yayasan Sabah juga harus meneliti dan mengkali semula, agar penerima-penerima Skim Bantuan Khas ini ditambah kerana ramai lagi pelajar yang tidak berkemampuan atau diketegorikan sebagai miskin tegar untuk menerima bantuan tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah En. Jannah Hj. Umrah mewakili kepada Pengarah Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Hj. Sulaiman bin Hj. Osman, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Yayasan Sabah Pantai Timur En. Aisal Mali, Pengetua SMK Silabukan Pn. Norsia Barni, Ketua Anak Negeri En. Abdillah Hamzah, Hj Abd Malek Hj Aidala, En. Mukmin Anghai,  Pegawai Jasa P188 Silam En. Mohd Saleh Asah, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Pemaju Mukim Silabukan En. Abd Hadji Asari, Penyelia Kemajuan Masyarakat N49 Tungku Pn. Naimah Bte Abd Gafar, Pemaju Masyarakat En. Salleh Kamin Sajiran dan wakil-wakil ketua anak negeri kawasan Tungku Datu Ramlie Datu Mayong, En. Raman Abd Basar, Kamsit Asat dan Hj. Tikson Abu Kassim.

Selasa, Mac 09, 2010

Lawatan YB Datuk Suhaili ke Ulu Tungku

Ulu Tungku 8 Mac - Lawatan kerja YB Datuk Ustaz Suhaili Hj. Said ke Kg. Sri Darun, Ulu Tungku untuk berjumpa dengan masyarakat dan pemimpin. Begitulah rutin YB Datuk sentiasa turun padang bagi menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan rakyat di kawasan Tungku.

Menurut Ketua Kampung Sri Darun, En Sifar Una-Una, YB Datuk adalah seorang wakil rakyat yang sentiasa mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung Ulu Tungku. Konsep turun padang yang diamalkan YB Datuk adalah bersesuaian dengan keperluan orang-orang di kawasan Tungku. Apabila, tidak kira waktu, sama ada siang atau malam YB Datuk sentiasa ada  mendampingi rakyat. Ini adalah selaras dengan konsep 1 Malaysia " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan " ujarnya lagi.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Anghai, CDO Tungku Kamarudin Hj. Hamid dan Wakil Ketua Anak Negeri Tungku En. Jadi Kandawi.

Isnin, Mac 08, 2010

Masyarakat Felda Sahabat 16 sambut Maulidur Rasul

Tungku - Seramai lebih 2,000 masyarakat Felda Sahabat menyertai sambutan Maulidur Rasul peringkat Felda Sahabat di padang Bandar Sahabat di sini, pada sabtu.

Perarakan sambutan yang dianjurkan bersama oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Felda ( KSRF) Sabah serta Jawatan Kuasa Bersama Sahabat ( JKBS ) Felda Holdings, bermula dari perkarangan Dewan Semai Bakti Felda Desa Kencana melibatkan 27 kontinjen termasuk satu kontinjen VIP dari seluruh warga Felda.

Pengerusi penganjur, Shafie Mohd Taib dalam ucapannya berkata, beliau amat berbesar hati dengan sambutan pada tahun ini kerana ianya merupakan program yang pertama kali dijalankan secara besar-besaran. Saya amat berbesar hati dan merasa bangga dengan sambutan pada pagi ini. Ia buka sahaja disertai semua masyarakat dan jabatan di Felda Sahabat malah 13 anak syarikat kumpulan felda juga turut menyerikan perayaan tersebut, katanya lagi.

Sementera itu Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) N49 Tungku merangkap Ahli Lembaga Pengarah Felda YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said juga meluahkan rasa berbesar hati untuk menjadikan Felda ini sebagai Felda nombor satu di dunia, bersesuaian dengan 1 Felda 1 Ummah. Suhaili berkata, beliau melahirkan rasa terjentik di hati, melihatkan program yang diadakan mekipun dalam keadaan hujan gerimis, namun berbekalkan semangat yang cekal dan bersatu-padu menjadikan majlis itu berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Sumber Manusia FHB Ibu Pejabat Kuala Lumpur merangkap Timbalan Presiden KSRF Nasional yang juga secretariat Etikan Syarikat Kumpulan Felda Abd Aziz Mohd Nor, Pengarah Eksekutif FPSB Sabah, Soh Kim Yaw dan pengurus Besar FPSB Sabah merangkap Timbalan Presiden KSRF Sabah, En. Roserun Sunman, pengurus-pengurus rancangan Felda, pemimpin-pemimpin di peringkat kampung di sekitar Felda Sahabat.

Dalam majlis yang sama, turut menyaksikan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi ketegori yang telah dipertandingkan. Bagi ketegori nasyid, telah di menangi oleh SK Cenderawasih. Pertandingan Sepanduk ( Sekolah ) johan disandang oleh SK Fajar Harapandan bagi acara terbuka pula johon disandang oleh Kg. Fajar Harapan.

Jumaat, Mac 05, 2010

Lawatan Isteri Ketua Menteri Sabah Datin Serti Panglima Hajah Faridah Hj. Tussin Ke Felda Sahabat

Felda Sahabat - Lawatan YABhg Datin Seri Panglima Hjh Faridah Hj Tussin, Yang DiPertua BAKISA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Semai Bakti Negeri Sabah di bawah Program Semai Bakti. seramai 12 org ahli Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (BAKISA) ikut serta dalam lawatan tersebut. Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Anjung Teduh dan PDK Desa Kencana di Felda Sahabat Tungku. Mengiringi lawatan Datin Seri ke Felda Sahabat ialah YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ADUN N49 Tungku, Datin Maizatul Akmam Alawi Setiausaha kepada Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Ketua Puteri Umno P188 Silam Puan Mizmah Afedullah dan pegawai-pegawai kerajaan negeri serta persekutuan.

Selasa, Mac 02, 2010

Seminar Sehari 1 Malaysia Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina di Daerah Kinabatangan.

Kinabatangan 2 Mac – Seminar sehari 1 Malaysia yang diadakan di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan adalah untuk memberi penekanan kepada ketua-ketua kampung mengenai peranan mereka di kampung masing-masing. Selain itu, ianya menjelaskan kepada ketua-ketua kampung mengenai konsep 1 Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia Datu Seri Najib Tun Abd Razak.

Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said berkata, slogan 1 Malaysia ini membawa mesej perpaduan, kerana tanpa perpaduan kita akan berpecah belah. Ketua-ketua kampung hendaklah sentiasa turun padang dan memaklumkan serta memberikan maklumat mengenai konsep 1 Malaysia di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dengan menerapkan bahawa kalau kita bersatu-padu kita akan utuh, tetapi jika kita berpecah belah maka akibatnya akan berlakulah ketidakharmonian di kalangan masyarakat keseluruhannya.

Majlis seminar sehari tersebut telah dirasmikan oleh YB En. Saddi Abd Rahman ADUN N48 Sukau. Hadir sama Pengarah MHEANS Datuk Hj. Awang Sharin Alimin, Penolong Pegawai Daerah Kinabatagan En. Jenin Jemin, ketua Daerah Sukau OKK Titing Patung dan ketua daerah Togod.

Sebelum itu, YB Mejar ( K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili telah mengadakan lawatan ke Gua Gomantong bersama-sama pegawai-pegawai Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku terdiri dari Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Anghai, Pemaju Mukim Tambisan En. Nourdin Abd Rajin dan En. Datu Sahar Datu Jamaluddin. Lawatan tersebut adalah untuk melihat keunikan dan keindahan Gua Gomantong yang terkenal dengan sarang burungnya.