Sabtu, Februari 27, 2010

Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Tungku 27 Feb – Perpaduan ummah adalah asas kepada keharmonian negara. Jika kita tidak bersatu-satu dan memantapkan ukhuwah kita tidak akan aman dan dibuktikan pada hari ini, apabila negara kita menjadi sebuah negara yang aman dan sentiasa dicontahi oleh negara-negara dari luar.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 H peringkat Daerah Kecil Tungku marilah kita bersama-sama berubah kearah mengeratkan hubungan persaudaraan dan kita ketepian soal-soal yang boleh menimbulkan perpecahan ummah di kawasan Tungku ini. Orang-orang terdahulu dari kita apabila menyambut maulidur rasul, mereka merayakan dan memperingati kelahiran Rasulullah s.a.w dengan penuh keinsafan atas perjuangan Rasulullah menyebarkan agama Islam sehingga ke hari ini, kata Suhaili pada majlis tersebut dan seterusnya merasmikannya.

Seramai 1000 orang hadir pada sambutan tersebut yang disertai oleh 13 kontenjen sepanduk dari seluruh kawasan Tungku yang di ketegorikan 2 ketegori  iaitu ketegori Kampung/Ladang/Masjid/Surau dan Jabatan Kerajaan / Swasta/Badan berkanun/sekolah. Pertandingan sepanduk ini dipengerusikan oleh Ustaz Nazri Nazwir dengan dibantu oleh beberapa orang ustaz-ustaz  di sekolah di daerah Tungku  untuk mengadili dan membuat penilaian kontenjen secara keseluruhannya.

Tokoh maulidur Rasul 1431 H disandang oleh Hj. Mahmod bin Mallang ketua kampung Tg. Batu merangkap jurunikah kariah Tanjung Labian / Tambisan. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai imam Kariah di kawasan Tanjung Labian dan bersara pada tahun 2008. Pemilihan tokoh maulidur rasul ini adalah di pilih melalui satu ahli jawatan kuasa yang dipengerusikan oleh En. Gaspar Sari penolong pegawai Tadbir agama Lahad Datu dan beberapa AJK yang dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah cawangan Lahad Datu/Tungku.

Majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan kompang oleh belia-beliawanis Felda Sahabat 2 dan persembahan Nasyid dari Felda Sahabat 16 yang pernah mewakili daerah Kecil Tungku ke pertandingan Nasyid peringkat Zon Pantai Timur di Kunak. Turut diadakan ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Ikhwan Asadi pendakwah bebas USIA yang dibawakan khas oleh Ketua Bahagian Usia Tungku En. Abd Hakim Ghulam Hasan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku selalu Pengerusi sambutan En. Ibrahim Abd Hakim, Pengurus Besar Felda Sabah En. Hj. Juany Hj. Salleh, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku En. Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pengurus Ladang Felda Sahabat 2 En. Yusof Hj. Ismail, Ketua Bahagian USIA Tungku En. Abd Hakim Ghulam Hasan, Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah, En. Abd Malek Hj. Aidala, En. Mukim Anghai dan En. Allen Kiang.

Jumaat, Februari 26, 2010

Profile Daerah Tungku

Keluasan Daerah Tungku berdasarkan gazet ialah 4,144 kilometer persegi ( 1600 batu persegi ) merangkumi sebahagian kawasan segama, keseluruhan kawasan Dam, keseluruhan kawasan Silabukan, keseluruhan kawasan Bakapit, mukim Tungku, Mukim Tambisan hingga ke kuala Meruap dan sebahagian daripada mukim Temanggong. Jumlah penduduknya ialah 77,000.00 orang terdiri dari suku kaum Bajau, Dusun Begahak, Idahan dan Iranun, suluk dan lain-lain.

Sempadan Daerah asal diwartakan pada 1 Jun 2007. Pengwujudan Daerah Kecil Tungku ini diluluskan oleh Kabinet pada Mac 2009. Berhadapan Laut Celebes. Topografi berbukit bukau dengan Begahak Range mencapai ketinggian 760 meter dan tanah-tanah rendah hingga ke semenanjung Dent.

Tungku adalah salah satu daerah di pantai Timur Sabah yang terkenal dengan hasil pengeluaran minyak sawit dan agar-agar ( Rumpai Laut ). Ekonomi di Tungku adalah berasaskan pertanian, perikanan dan perkilangan ( Crode Palm Oil ). Ini adalah kerana Felda berada di dalam ADUN N49 Tungku dan ianya di antara Felda yang terbesar di Malaysia. Selain itu penanaman agar-agar juga dilaksanakan di daerah Tungku.Tungku menyumbang 90 % pengeluaran hasil agar-agar di Daerah Lahad Datu dan kedua tertinggi di pantai timur Sabah.

Dalam proses pembangunan Daerah Tungku, YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili banyak membantu dan membawa perubahan besar di mana pelbagai pembangunan dirancang yang telah dan sedang dilaksanakan. Oleh yang demikian, Tungku adalah salah satu daerah yang mengikut arus pembangunan negara.


SEJARAH

Asal perkataan Tungku adalah diambil dari bahasa Begahak ( Dusun ) yang berbunyi “ TUNKU ” yang membawa makna “ PEDULI APA ” kononnya maka tersebutlah kisah sekumpulan anak-anak muda suku kaum Begahak ( Dusun ) yang sedang menangkap ikan dan berkhemah di muara sungai ( yang disebut Sungai Tungku sekarang ) telah didatangi oleh sepasukan orang-orang Inggeris yang sedang membuat pengambaran dan pemetaan yang kemudiannya berjumpa dan bertanya dalam bahasa Inggeris kepada anak-anak muda tersebut “ apakah nama tempat ini ” ? pertanyaan mereka telah tidak dijawab walaupun berulang-ulang kali ditanya.

Namun pertanyaan terus diajukan, maka salah seorang dari anak-anak muda itu pun menjawab dengan perkataan “ TUNKU ”. Apabila saja didengar oleh orang-orang Inggeris perkataan tersebut, dan mulai dari saat itu tempat ini dikenali sebagai Sungai Tungku manakala Pekan Tungku mengambil sempena nama Sungai Tungku.

Masa berlalu, keadaan berubah, keadaan di Mukim Tungku juga turut merasai dan mengikut arus pembangunan negara seperti yang dialami oleh daerah-daerah lain di Sabah.

PERHUBUNGAN

Pada tahun awal 1930-an di zaman pemerintahan British ( North Borneo ) perhubungan utama di Tungku adalah menggunakan perahu. Orang-orang di Tungku menggunakan perahu untuk mengangkat kayu-kayu bakau dan nipah untuk dijual ke pekan Lahad Datu. Nadi perhubungan menggunakan perahu ini berlanjutan sehingga ke tahuan 70-an di mana orang-orang Tungku masih menggunakan jalan laut untuk membawa hasil pertanian ke pekan Lahad Datu. Alternatif orang-orang Tungku pada masa itu adalah dengan menggunakan kapal laut yang dibuat daripada kayu jenis yang keras.

Inilah pengangkutan yang sering digunakan oleh orang-orang Tungku bagi membawa keluar hasil pertanian yang membeli alat-alat keperluan harian di pekan Lahad Datu pada masa itu.

Menjelang tahun 80-an semasa pemerintahan Berjaya yang diterajui oleh Datuk Harris Salleh telah membina jalan Gravel yang menghubungkan di antara Tungku dan Lahad Datu. Dengan terbinanya jalan gravel ini, maka aktiviti-aktiviti perniagaan dan pertanian berjalan dengan baik dan meningkatkan  ekonomi orang-orang Tungku. Hanya pembinaan jalan gravel tersebut, maka ianya telah memberi kemudahan orang-orang Tungku untuk ke pekan Lahad Datu dan berurusan di pejabat-pejabat kerajaan dan ini sudah tentu menjimatkan masa perjalanan yang sebelum ini mengambil masa 6 hingga 7 jam untuk sampai ke pekan Lahad Datu dengan menaiki kapal laut.

Pada tahun 1992, jalan raya dari bandar Lahad Datu ke Tungku telah dinaik taraf ke jalan aspal ( Primix ) dan ianya telah memberi impak yang sangat besar kepada pertumbuhan ekonomi orang-orang Tungku. Peruntukan pembinaan menaik taraf jalan raya ini telah disalurkan oleh kerajaan persekutuan walaupun pada masa itu kerajaan negeri diperintah oleh Parti Bersatu Sabah ( PBS ) yang diterajui oleh Datuk Seri Pairin Kitingan. Sehingga hari ini semua kampung di seluruh daerah Kecil Tungku dapat dihubungi melalui jalan darat.


PEMBANGUNAN


Tungku adalah sebuah daerah yang maju dan bertambah pesat dengan pelbagai pembangunan dan infrastruktur yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan Pusat. Di antara pembangunan dan kemudahan yang telah dilaksana dan telah siap ialah, Pejabat Urusetia Daerah Kecil Tungku RM 1.7 juta, bekalan air Tungku yang akan dinaik taraf RM 30 juta, pekan baru Tungku, Klinik Kesihatan Tungku, Kolej Komuniti di Bandar Cenderawasih, perumahan Sri Gemilang, Balai Polis Felda Sahabat dan Program Perumahan Rakyat ( PPR ) .

Salah satu projek yang akan dilaksanakan jika mendapat kelulusan daripada EIA dan Jabatan Alam Sekitar ialah Projek Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut/ Felda Sahabat. Adalah menjadi harapan penduduk di kawasan Tungku agar pembinaan Loji tersebut akan terlaksana kerana masalah bekalan elektrik di kawasan Tungku dan Lahad Datu berada di tahap yang kurang memuaskan.

Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM 10 juta untuk menaiktaraf jalan ke jalan Aspal ( Primix ) di Tambisan, di mana kos dibiayai dan agensi pelaksana projek infrastruktur tersebut ialah Felda. Sedia maklum Tambisan adalah syurga kepada pemancing-pemancing yang berminat untuk datang memancing di Tambisan. Ini merupakan satu pelaburan yang amat baik kepada penduduk yang tinggal di kawasan Tambisan. Dengan kehadiran pemancing-pemancing dari seluruh daerah di Sabah, maka ianya akan memberi ruang kepada penduduk kampung menyewakan bot dan pelbagai kemudahan seperti jeti, peti ais dan sebagainya. Secara umumnya, ianya akan meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan Tambisan.

Dalam konteks pembangunan pada masa ini, adalah perlu kerajaan memberi ruang dan kemudahan-kemudahan asas untuk penduduk di kawasan Tungku bagi merealisasikan matlamat dan sasaran kerajaan dalam membasmi kemiskinan. Salah satu contoh kemudahan tersebut ialah projek peningkatan pendapatan ekonomi setempat yang telah mengambil peserta dari kalangan penduduk miskin tegar di kawasan Tungku dan akan di tempatkan di Projek MESEJ Kg. Nala ( Projek Mini Estet Sejehtera ) seluas 200 ekar. Aktiviti peserta projek ini adalah memelihara ikan Baulu dalam kolam dan penanaman rumpai laut ( agar-agar ). Para peserta projek ini akan dibekalkan peralatan dan pelbagai kemudahan termasuk rumah secara percuma dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah tadika, bekalan elektrik dan kemudahan bekalan air bersih Seramai 50 peserta untuk pengambilan pertama akan ditempatkan dan seterusnya mengusahakannya bagi meningkatkan taraf hidup..

Satu lagi projek bagi pembasmian kemiskinan di kawasan Tungku adalah di Tambisan. Projek tersebut ialah projek ternakan ikan dalam sangkar di peruntukan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang bernilai RM348,248.00 di mana seramai 30 orang peserta di kawasan Tambisan mendapat manfaatnya.

Dengan kemudahan dan infrastruktur yang disalurkan oleh kerajaan melalui agensi-agensi pelaksana yang telah dilantik, maka ianya akan membawa Daerah Tungku ke satu tahap daerah penyumbang peningkatan ekonomi rakyat dan perolehan negeri Sabah keseluruhannya.


PELANCONGAN

Daerah Tungku yang dikenali sebagai titik paling Timur di Malaysia ( TRPT ) adalah salah satu daerah di Sabah yang berpotensi dalam sektor perlancongan. Di antara pusat pelancongan yang terkenal di daerah Tungku ialah Pusat Hidupan Liar Tabin. Tabin merupakan salah satu pusat perlancongan yang terkenal di Malaysia yang menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi yang tidak pernah terusik dengan arus pembangunan negara. Pelbagai hidupan liar yang boleh didapati dan dilihat di Tabin. Tidak hairanlah pelancong-pelancong dari luar negara datang dan membuat pelbagai kajian mengenai keunikan Tabin dan sudah tentu ianya akan memberi publisiti yang meluas di seluruh dunia.

Tanjung Atiam yang terkenal dengan gelaran ‘ Titik Rujukan Paling Timur di Malaysia ’ berpotensi untuk dijadikan pusat perlancongan di daerah Tungku. Titik Rujukan Paling Timur di Malaysia ini telah diwartakan pada 15 september 2004 oleh JUPEM. Titik rujukan ini digunakan sebagai stesen menentukan kedudukan Anak Bulan dan Takwim Hijri Malaysia. Tanjung Atiam berada di kawasan Mukim Tambisan yang terletak berhampiran pantai Dent Heavent, Kg. Tagupi, Tungku.

Selain itu, Daerah Tungku terkenal dengan keindahan pantai yang menghadap laut celebes dan bersempadan dengan negara Filifina. Di antara pantai yang terdapat di Daerah Tungku ialah Pantai Tanjung Labian, pantai Makuao, Pantai Dengan, Tungku, pantai Kahapan, pantai Telisai , pantai Dent Heaven dan pantai Felda Sahabat 16.

Terdapat beberapa penginapan yang menawarkan harga sewaan yang berpatutan seperti Felda Residence Sahabat, resort Hj. Sikab di Kg. Dengan dan di Pusat Hidupan Liar Tabin. Bagi yang mereka selalu mengadakan aktiviti-aktiviti perkhemahan dan riadah, tempat ini adalah yang sesuai.


PENUTUP

Dengan usaha kerajaan pada hari ini membantu menjadikan Daerah Tungku sebagai Daerah yang terkenal di seluruh Malaysia, maka ianya akan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat seiring dengan arus pembangunan negara. Oleh yang demikian, rakyat harus membuka mata dan melihat segala pembangunan di kawasan Tungku ini memberi manfaat sepenuhnya dan ini akan menjadikan serta melahirkan satu suasana yang aman, sejahtera dan sentosa. Bertepatan dengan slogan 1 Malaysia ‘ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan ’, maka sebagai rakyat Malaysia yang berada di Daerah Tungku harus berubah dengan tekad bagi merealisaskan sasaran dan matlamat kerajaan.

Khamis, Februari 25, 2010

Majlis Tahlil sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 H Peringkat Daerah Kecil Tungku

Desa Kencana 25 Feb – Majlis Tahlil sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 H peringkat Daerah Kecil Tungku telah di adakan di Masjid Jamek Al-Ubudiah yang dihadiri oleh peneroka di Felda Desa Kencana sahabat 3, 4 dan 5.

Majlis ini bermula selepas solat maghrib dimulakan dengan bacaan yassin yang dipimpin oleh Imam Ladali Sakka dan diikuti bacaan tahlil serta dia aruah.

Turut hadir pada majis tersebut ialah Pengurus Besar Felda Wilayah Sabah En. Hj. Juany Hj. Salleh, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Pengurus-pengurus rancangan Felda sahabat 2,3,4 dan 5 wilayah Sahabat dan ketua-ketua kampung di sekitar Felda Sahabat.

Menurut pengerusi Masjid Jamek Al-Ubudiah Datu Ibrahim Bin Datu Abd Karim, pemilihan masjid Jamek Al-Ubudiah sebagai tuan rumah majlis tahlil sempena sambutan maulidur Rasul 1431 H menunjukkan bahawa kerajaan percaya dan mengiktiraf Felda di sahabat Sahabat boleh menjadi tuan rumah dalam apa-apa majlis yang dianjurkan oleh pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Dalam pada masa yang sama, Datu Ibrahim bersyukur kerana pengiktirafan ini adalah menandakan bahawa Felda Sabah yang diterajui oleh En. Hj. Juany Hj Salleh boleh memberi kerjasama yang erat dengan kerajaan negeri Sabah.

Khamis, Februari 18, 2010

Pemimpin berjiwa rakyat

Tungku – Saya sungguh tersentuh apabila melihat keprihatinan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili melawat dan berjumpa dengan penduduk di kampung Manar, Tungku baru-baru ini. YB Datuk datang dan hadir sendiri melihat seorang penduduk di Kg. Manar yang diketegorikan dalam miskin tegar. Lawatan YB Datuk ke rumah ini adalah kali kedua, di mana lawatan pertama YB Datuk bersama kakitangan UPKR N49 Tungku telah mendaftarkan penduduk ini ke senarai e-kasih dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Tungku.

Turut mengiringi YB Datuk dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid dan Pegawai JASA Parlimen Silam En. Mohd Saleh Asah.

YB berharap agar semua pegawai UPKR N49 Tungku sering turun padang bagi mencari penduduk yang diketegorikan miskin tegar untuk tindakan seterusnya bagi merealisasikan agenda kerajaan membasmi kemiskinan sifar. Maklumkan terus kepada saya untuk kita buat lawatan dan melihat sendiri keperluan mereka. Dalam kita membantu rakyat, perbezaan fahaman politik, agama dan suku kaum kita belakangkan, bagi memastikan matlamat kerajaan Barisan Nasional tercapai untuk membantu rakyat keseluruhannya sebagaimana slogan Perdana Menteri kita 1 Malaysia “ Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan ”, ujar suhaili lagi.


Saya dalam catatan ini ialah editor blog

Taraf hidup boleh ditingkatkan dengan mengusahakan tanaman agar-agar

Kg. Nala – Mengambil kira keadaan ekonomi negara pada masa ini , proses penanaman rumpai laut ( agar-agar ) tidak terjejas walaupun keadaan ekonomi sebelum ini tidak stabil. Ini adalah kerana pengusaha-pengusaha penanaman dan pemeliharaan rumpai laut di Kg. Nala, Tungku tidak terjejas, kerana permintaan yang sangat tinggi dari pembeli dan ini sudah tentu akan memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha.

Lawatan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili ADUN N49 Tungku ke Kg. Nala pada khamis bersama-sama pemimpin-pemimpin di kawasan Tungku melihat aktiviti dan berjumpa dengan ketua peserta penanaman rumpai laut ( agar-agar ) di Kg. Nala En. Abdullah. YB Datuk menyarankan agar mencontohi En. Abdullah ( Penambungan ) kerana berjaya dalam mengusaha penanaman rumpai laut di kawasan Tungku.

Mengikut rekod jabatan perikanan Daerah Lahad Datu, hampir 90 % penanaman dan pengeluaran rumpai laut di daerah Lahad Datu adalah dari kawasan Tungku. Hasil ini tercapai dengan komitmen Kerajaan dengan menyalurkan pelbagai bantuan dan kemudahan yang diberikan kepada penduduk yang terlibat dengan penanaman rumpai laut ini. Selain itu, Jabatan Perikanan Daerah begitu bersungguh-sungguh untuk membantu dan merealisasikan matlamat kerajaan membasmi kemiskinan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah pegawai Tenaga Nasional Berhad En. Norzari Abd Hamed bersama beberapa pegawai TNB untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti penanaman rumpai laut. Kehadiran mereka adalah untuk melihat bagaimana penanaman dan proses ini dilaksanakan dan adakah ianya akan terjejas apabila Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut, Felda Sahabat beroperasi. Tetapi, mengikut kajian yang dijalankan sebelum ini, penanaman rumpai laut tidak akan terjejas, malahan tumbesaran akan bertambah baik dan ini mengurangkan proses menunggu penuaian bagi mengambil hasil.

Rabu, Februari 17, 2010

Kerajaan Barisan Nasional komited membasmi kemiskinan dan membantu rakyat


Tungku – Kerajaan begitu komited dalam membasmi kemiskinan yang sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Pelbagai usaha dan perancangan telah di laksanakan untuk merealisasikan sasaran membasmi kemiskinan sifar akhir tahun 2010 oleh kerajaan. Salah satu contoh perlaksanaan pembasmian kemiskinan ini ialah projek ternakan ikan dalam sangkar di mana peserta yang terlibat adalah dari golongan yang diketegorikan miskin tegar.

Usaha ini menampakkan hasil di mana seramai 30 orang peserta projek ternakan ikan dalam sangkar di kawasan Mukim Tambisan, Tungku mendapat manfaat dengan menerima tawaran perlaksanaan projek ini. Projek ini dianggarkan berjumlah RM 380,000.00 yang disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan diseliakan oleh Pejabat Daerah Kecil Tungku dan Pejabat Perikanan Daerah Lahad Datu yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim dan En, Talib Hasan.

Pengambilan peserta projek ternakan ikan dalam sangkar ini telah dilaksanakan melalui proses temuduga dengan merujuk dan berpandukan daripada senarai e-kasih, di mana penemuduga adalah terdiri dari Pegawai Daerah Lahad Datu, En. Zulkifli Nasir, Penolong Pengawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pegawai Pejabat Pembangunan Sabah Cik Nina Aidil, Pemimpin Kemajuan Rakyat N50 Lahad Datu En. Aljen Joney dan Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid. Oleh yang demikian sasaran dan matlamat kerajaan tercapai bagi membasmi kemiskinan, dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk di masa akan datang.

Pada majlis taklimat kepada peserta projek ternakan ikan dalam sangkar yang di adakan di Pejabat Daerah Kecil Tungku, YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili menyeru dan mengingatkan kepada semua peserta agar memanfaatkan sebaik-baiknya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup.

Kalau kita hendak maju, kita hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh, kerana setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita lakukan, kata suhaili pada majlis taklimat projek perternakan ikan dalam sangkar baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Penguasa Perikanan Daerah Lahad Datu, En. Talib Hasan, Ketua Anak Negeri En. Abdillah Hamzah, En. Hj. Abd Malek Hj. Aidala, Pemaju Mukim Tambisan En. Nourdin Abd Rajin, Pegawai Jasa Parlimen Silam En. Salleh Asah dan Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid.

Ahad, Februari 14, 2010

YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili turun padang bagi berjumpa masyarakat di Kg. Sg. Merah

Menurut Pengerusi JKKK Kg. Sungai Merah/ Sinakut En. Raut Bani, Kehadiran YB Ke Kg. Sg. Merah amat dialu-alukan oleh penduduk Sg. Merah. YB Datuk Suhaili seorang yang berjiwa rakyat dan senang didampingi. Saya amat bersyukur kerana Tungku mempunyai seorang wakil rakyat yang sentiasa memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung dan kawasan Tungku keseluruhannya. Saya dan penduduk di Kg. Sg,. Merah akan sentiasa menyokong kepimpinan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili.
Kg. Sg Merah- Tungku 14 feb 2010, satu majlis bersama rakyat telah diadakan bagi di kanpung Sungai Merah, Tungku. Majlis ini diadakan untuk mendengar dan saling bertukar pendapat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. Selain itu, YB Datuk memaklumkan bahawa pemilihan Ketua Kampung (KK) dan Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berdasarkan parti pimpinan UMNO bagi kampung tersebut di sini.

Majlis yang penuh kemeriahan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mejar (K) Ustaz Mohd Suhaili Hj Said merangkap Presiden majlis hal ehwal anak negeri Sabah.

Menurut beliau rakyat seharusnya bersatu padu dan bersama-sama pemimpin untuk memperbanyakkan lagi ahli dalam parti dan mengukuhkan lagi tahap kepimpinan parti komponen Barisan Nasional. Bukan itu sahaja, beliau juga dengan berbesar hati untuk memperkenalkan pemimpin di peringkat Tungku yang hadir pada majlis tersebut.

Sebagai presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan hak anak tempatan tidak terabai, dengan memastikan kampung yang diduduki akan di gazet atau diwartakan sebagai tanah perkampungan. Beliau juga merangka untuk mengadakan kempen bagi mengambil ahli baru UMNO bagi menguatkan lagi parti UMNO secara keseluruhannya.

Yang Berhormat juga berharap kepada semua bekas ahli UMNO yang berpaling arah agar kembali ke UMNO kerana di kawasan Parlimen Silam ini diwakili sepenuhnya oleh wakil rakyat UMNO yang di pilih melalui Piliharaya . Oleh yang demikian, YB Datuk menyeru kepada penduduk Kampung Sungai Merah memberikan sokongan yang padu kepada Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno dalam kepimpinan Negara pada hari ini.

Hadir mengiringi YB Datuk pada majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Rakyat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah, Hj. Abd Malek Hj Aidala, En. Mukmin Anghai, Pemaju Mukin Tungku, En Hj. Abd Kayum Hj. Omar, Pemaju Mukin Silabukan En. Abd Hadji Asari, Pemaju Masyarakat N49 Tungku En. Salleh Kamin Sajiran, Penyelia Kemajuan Masyarakat N49 Tungku Pn. Naimah Abd Gafar, Wakil Ketua Anak Negeri Tungku Hj. Tikson Kassim, Kamsit Asat dan Eb. Abd Raman Bin Basar.

Terdahulu YB Datuk menghadiri majlis Taklimat Cawangan Umno 2010 kawasan N49 Tungku di Dewan Sri Nalaja di Kg. Telisai di mana telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Umno P188 Silam Datuk Hj Datu Nasrun Bin Datu Mansor.

Sabtu, Februari 13, 2010

Program Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Selatan

Sabah Baru – Kita adalah umat yang terbaik dijadikan oleh Allah s.w. t di muka bumi ini bagi menjalankan perintah dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas setiap umatNya. Dalam kita menjalankan kehidupan sehari-harian adalah penting muafakat dan persefahaman bagi melahirkan suasana yang harmoni dan aman tenteram. Walaubagaimanapun, tanpa ilmu yang mencukupi sebagai pembawa kepada keharmoniann tersebut, maka kita tidak akan mencapai persefahaman dan perpaduan yang jitu. Kursus Pengurusan Jenazah ini amat penting, kerana ianya dapat menambahkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan Jenazah di kalangan penduduk kampung, kerana jika ada orang meninggal, maka ramai yang boleh membantu imam-imam dan AJK masjid mengurus jenazah tanpa perlu mengambil imam dari luar, kata Suhaili pada majlis program pengurusan Jenazah anjuran Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur Selatan baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah En. Aisal Mali Pengawai Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan, Pemimpin Kemajuan Rakyat Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Pemaju Mukim Silabukan En. Abd Hadji Asari, Wakil Ketua Anak Negeri Hj. Tikson Hj Kassim dan Abd Rahman Basar.

Program ini telah dianjurkan oleh Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan di mana telah di adakan di Masjid Al-Muttaqien, Kg. Sabah Baru . Seramai 100 orang peserta kursus menghadiri kursus tersebut yang terdiri dari penduduk kampung Sabah Baru dan di sekitarnya.

YB Datuk juga mengesorkan kepada Yayasan Sabah agar mengadakan kursus-kursus jahitan, memasak dan kursus perkahwinan. Kursus seperti ini adalah penting bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mentadbir rumahtangga supaya melahirkan genarasi yang berkualiti dalam proses pembangunan ummah keseluruhannya.