Ahad, September 27, 2009

Pemimpin bersama Rakyat

Penduduk kampung yang hadir pada majlis tersebut


YB menujukkan bakat menari tarian Gilok. Tarian tradisional suku kaum Dusun Begahak

YB Datuk menerima memorandom daripada ketua kampung Ulu Teburi En. Amir Tuong mewakili penduduk Kg. Ulu Teburi dan Kuala Teburi. Turut kelihatan Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim dan Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin




Tungku - Majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di kampung Ulu Teburi di perkarangan rumah En. Patisin Pg. Gudang telah dihadiri oleh pemimpin pelbagai lapisan masyarakat. Majlis ini adalah anjuran Ketua kampung Ulu Teburi En. Amir Tuong dengan kerjasama Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku dan AJK pengerusi JKKK Kg. Ulu Teburi dan Kg. Kuala Teburi.

Inilah konsep 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datu Seri Najib Tun Abd Razak, di mana pada hari ini kita berhimpun dalam majlis pemimpin bersama rakyat yang dihadiri oleh pelbagai suku kaum seperti Dusun Begahak, Idahan, Bajau, Iranun dan Bugis. Apabila kita bercakap mengenai suku kaum, maka masyarakat majmuk di Malaysia, khususnya di Negeri Sabah, memang unik dan tiada di negara-negara lain di dunia yang mempunyai masyarakat majmuk, kerana walaupun di Malaysia wujud pelbagai suku kaum, mereka boleh mengwujudkan persefahaman di antara satu dengan yang lain. Dengan kata lain boleh boleh duduk satu meja, bermesyuarat dengan mengambil keputusan yang sepakat, ujar YB Datuk Suhaili pada majlis tersebut.

Dalam merangka dan mengemaskini sistem pentadbiran yang sedia ada di Tungku, YB Datuk memaklumkan bahawa telah membuat penambahan bagi jawatan ketua anak negeri dan wakil ketua anak negeri. Ini terbukti, apabila tiga orang ketua anak negeri yang baru telah dilantik dan lima orang wakil ketua anak negeri. Tiga orang ketua anak negeri yang telah menerima perlantikan iaitu En. Hj. Abdul Malek Hj Aidala, En. Allen Kiang dan En Mukmin Anghai. Lima orang yang dilantik memegang jawatan wakil ketua anak negeri ialah En. Amir Hamzah Zakaria, En. Jadi Kandawai, En. Abd Rahman Basar, En. Datu Ibrahim Datu Karim dan En. Hj. Tikson Abd Kassim. Kesemua yang telah dilantik adalah mengikut suku kaum di kawasan masing-masing di kawasan Tungku bagi memudahkan mereka menjalankan tugas.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pengawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pegawai Penguasa Pertanian Lahad Datu, En. Laurine Sani, Juruteknik JKR Lahad Datu En. Mazlan Ahmad, Pembantu Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Tungku En. Sempadan Telanjor, Pengurus Kilang Sawit Golden Elete En. M.S Suresh, semua Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Kakitangan UPKR N49 Tungku.

Sebelum itu, YB Datuk telah menerima memorandom daripada penduduk kampung Ulu Teburi dan Kuala Teburi bagi memohon kepada pihak kerajaan agar mempercepatkan pembinaan menaik taraf jalan gravel di kedua-dua kampung berkenaan ke jalan berturap.

Ahad, September 20, 2009

Rumah terbuka YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said

YB sedang melayan tetamu yang hadir pada rumah terbukanya.
YB Datuk (K) Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said telah mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri 1430 H di kediamannya di Kg. Remang, Tungku. Orang ramai mula datang selepas sahaja selesai mengerjakan solat sunat aidil fitri sehinggalah ke sebelah petang. Hidangan yang dihidangkan ialah daging kambing dan daging sapi masak kari serta ayam masak kurma.

Majlis Penghayatan Ramadan

YB Datuk sedang mendengar ceramah daripada ustaz Sudirman.
Bersalam-salaman dengan pemimpin-pemimpin yang hadir pada majlis tersebut

Pada 19hb. september. 2009 telah diadakan majlis penghayatan ramadan yang telah dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku dengan kerjasama Panel Pengerak Adun N49 Tungku yang dipengerusikan oleh En. Ghazali Hj. Said. Peserta yang terlibat adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin tempatan dan ketua-ketua cawangan Umno di kawasan Tungku. Majlis ini telah diadakan di dewan Kg. Remang, Tungku. Menurut En. Ghazali, program ini diadakan dimasa akan datang pada bulan ramadan setiap tahun.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said adun N49 Tungku. Program seumpama ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada pemimpin-pemimpin yang sememangnya amat perlu, kerana sebagai seorang pemimpin mestilah mengetahui soal-soal keagamaan dan menjadi contoh kepada masyarakat di tempat masing-masing. Sebagai seorang pemimpin kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, kerana jika seseorang pemimpin tidak boleh menjadi contoh kepada masyarakat, maka ianya akan memberi kesan kepada kepimpinannya. Ujar YB Datuk pada majlis tersebut.

Pada majlis tersebut, ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Sudirman Hj. Mohd Salleh daripada Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah cawangan Lahad Datu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim bin Abd Hakim.

Jumaat, September 18, 2009

Majlis berbuka puasa di Masjid Nurul Imam, Kg. Barigas, Tungku

Pejabat Daerah Kecil Tungku telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama pemimpin-pemimpin tempatan yang diadakan di Masjid Nurul Imam, Kg. Barigas di Tungku. Menurut Imam Masjid Nurul Imam, Kg. Barigas En. Abd Rasa Sari merangkap Pengerusi JKKK Kg. Barigas, beliau amat berterima kasih kepada Pejabat Daerah Kecil Tungku kerana memilih masjid Nurul Imam untuk berbuka puasa bersama-sama pemimpin-pemimpin tempatan yang julung kali diadakan. Beliau berharap jika ada program atau aktiviti-aktiviti peringkat daerah Tungku dimasa akan datang, Masjid Nurul Imam bersedia untuk menjadi tuan rumah.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Ketua Anak Negeri Tungku En. Hj. Abd Malek Hj. Aidala, Ketua Kampung Barigas En. Puasa Anda, Pengerusi JKKK Kg. Nala En. Sabtu Susulan. Sebelum itu En. Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Kg. Barigas Tungku.

Ahad, September 13, 2009

Majlis Berbuka Puasa PIBG, Guru-Guru SMK Tungku dan Pemimpin-Pemimpin di Kawasan Tungku

Persatuan Ibu Bapa Guru telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan N49 Tungku. Majlis ini diadakan di dewan makan Asrama SMK Tungku. Menurut YDP Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Tungku, En. Sabtu Susulan, program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan PIBG dan pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan Tungku. Selain itu ianya juga dapat memupuk persefahaman di antara ibu bapa dan pihak sekolah.

En. Sabtu juga berharap, agar pihak sekolah dapat memaklumkan kepada PIBG jika ada terdapat masalah yang melibatkan pelajar. Ini penting supaya PIBG boleh mengambil tindakan dengan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Banyak lagi aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini. Pada hemat beliau, aktiviti-aktiviti tersebut telah banyak dilaksanakan dan berjalan seperti yang dirancang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku, En. Kamarudin Hj. Hamid, Ketua Anak Negeri Tungku En. Hj. Abd Malik Hj. Aidala, Wakil Ketua Anak Negeri, En. Datu Ramlie Datu Mayong, Pengerusi JKKK Kg. Barigas, En. Abd Rasa Sari dan ahli jawatan kuasa PIBG SMK Tungku.

Jumaat, September 11, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Daerah Lahad Datu

Majlis berbuka puasa bersama Ketua Polis Lahad Datu Superitenden Md. Suhaimi Ab. Rahman diadakan di perkarangan Balai Polis Tungku. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah, Hj. Abdul Malek Hj. Aidala, Wakil Ketua Anak Negeri Datu Ramlie Datu Mayong, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Pemaju Mukim Tungku Hj. Abd Kayum Hj. Omar, Pemaju Masyarakat En. Salleh Kamin Sajiran, Ketua Kampung Mundas En. Ab. Wahab Zainuddin, Ketua Kampung Nala En. Indanan Mayong, pengerusi JKKK Kg. Nala En. Sabtu Susulan dan Pengerusi JKKK Kg. Barigas En. Abd Rasa Sari.

Menurut Ketua Anak Negeri Tungku, En. Hj. Abdul Malek Hj. Aidala, program berbuka puasa bersama PDRM di Tungku ini adalah julung-julung kali diadakan semenjak ketua polis ASP Suhaimi berpindah ke Daerah Lahad Datu. Program ini, juga akan memberikan ruang kepada pemimpin-pemimpin di daerah Tungku untuk berbincang dengan PDRM mengenai maklumat dan bertukar-tukar pendapat mengenai gejala-gejala jenayah, rempit dan penguatkuasaan undang-undang. Oleh yang demikian PDRM boleh berkerjasama dengan pemimpin-pemimpin tempatan bagi menyalurkan maklumat-maklumat yang boleh membawa kepada serbuan dan penangkapan dilakukan, ujar beliau pada masjlis tersebut. Terdahulu, Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah telah mengadakan lawatan ke Balai Polis Tungku, dan diiringi oleh pemimpin-pemimpin yang hadir pada majlis tersebut.

Rabu, September 09, 2009

Majlis Upacara Menaikkan Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kecil Tungku



YB Datuk melaungkan Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! bersama-sama Penolong Pegawai Daerah dan Ketua Balai Polis Tungku.



YB Datuk menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Anak Negeri Tungku En. Abdillah Hamzah





Pemimpin-pemimpin tempatan yang hadir pada majlis tersebut






Tungku - Majlis upacara menaikkan Jalur Gemilang peringkat Daerah Kecil Tungku telah diadakan di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Tungku pada 09/09/09. Majlis tersebut dihadiri oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N49 Tungku merangkap Presiden Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Majlis menaikkan Jalur Gemilang ini, dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kecil Tungku dengan kerjasama Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku. Hadir pada masjlis tersebut ialah ketua-ketua anak negeri, wakil-wakil ketua anak negeri, ketua-ketua kampung, pemaju -pemaju mukim, pengerusi-pengerusi JKKK N49 Tungku, kakitangan Pejabat Daerah Kecil Tungku dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku. Majlis ini adalah untuk mengingati sejarah kemerdekaan Malaysia dan menghargai perjuangan para pemimpin-pemimpin yang terdahulu. Kerana jika pemimpin terdahulu tidak memperjuangkan kemerdekaan, hari ini kita tidak berdiri di perkarangan Pejabat Daerah kecil Tungku ini dan kita masih dibelenggu rasa takut dan gelisah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana nikmat kemerdekaan yang kita nikmati hasil perjuangan orang-orang yang terdahulu daripada kita, ujar Suhaili pada majlis tersebut.

YB Datuk menegaskan bahawa, sebagai pegawai kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan, hendaklah menunjukkan dan mengamalkan sifat jujur, amanah dan bertanggungjawab. Pegawai kerajaan adalah milik rakyat, kerana pegawai kerajaan adalah tempat rakyat untuk membuat rujukan dan berurusan setiap masa. YB Datuk menasihatkan agar pegawai-pegawai kerajaan hendaklah menukar persepsi bahawa mereka yang dilantik hanya berkhidmat pada kaum-kaum tertentu sahaja, dengan berkhidmat pada semua kaum tidak kira fahaman agama. Sejak Malaysia merdeka, kepimpinan negara sehingga hari ini adalah dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Walaupun kerajaan Barisan memerintah sehingga hari ini, tetapi pemimpin saling bertukar ganti. Oleh yang demikian, kita janganlah terlalu taksub kepada pemimpin yang ada pada hari ini, Ujarnya lagi.
Terdahulu yang berhormat, telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua pemimpin-pemimpin yang hadir. Sebanyak 200 Jalur Gemilang diagih-agihkan kepada ketua-ketua anak negeri, ketua-ketua kampung, pengerusi-pengerusi JKKK. YB berharap kibarkanlah Jalur Gemilang sepanjang tahun untuk memperingati kemerdekaan Malaysia yang disambut setiap 31hb. ogos setiap tahun.

Selasa, September 08, 2009

Majlis berbuka puasa bersama Pengarah Projek Loji Janakuasa Arang Batu, Lahad Datu Energy ( LDE )


YB Datuk sempat bergambar bersama ketua-ketua anak negeri, wakil ketua anak negeri N49 Tungku


Turut hadir Penolong Pegawai Daerah ( Pentadbiran ) En. Juraimin Hj. Jadil


Pada selesa, YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Pengarah Projek En. Ahmad Faraid Mohd Yahaya dari Lahad Datu Energy serta kakitangan dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kediaman YB Datuk di Tungku. Majlis ini turut dihadiri oleh penduduk kampung Remang bagi mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk kerana pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu di kawasan Tungku. Menurut Ketua Anak Negeri N49 Tungku, En. Abdillah bin Hamzah, pembinaan Loji Janakuasa ini adalah tepat pada masanya, kerana sekarang ini masalah bekalan elektrik selalu ' black out ' dan sudah tentunya memberi kesan yang menjejaskan pembangunan kepada perindustrian di kawasan Tungku amnya.

Turut hadir pada majlis tersebut En. Mohd Shaari Omar dari Sub Contractor Multi Discovery, En Daud Adnan Pengurus Tapak Projek, Pengurus Kejuruteraan En. Sabri Jaafar dan pegawai-pegawai Lahad Datu Energy, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu ( Pentadbiran ) En, Juraimin Hj. Jadil dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Datu Baniamin bin Datu Jamaluddin. Selepas berbuka puasa, YB Datuk bersama-sama Pengarah Projek, pegawai-pegawai Lahad Datu Energy dan pemimpin-pemimpin masyarakat Tungku solat berjemaah maghrib di Masjid Al-Mukminin, Kg. Remang dan berjemaah solat sunat tarawih.

Ahad, September 06, 2009

Program Rahmat Ramadan Warga Felda dengan penyampaian Duit raya kepada Peneroka Felda Sahabat


YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili menyampaiakan Replika cek MBB pembayaran duit raya kepada salah seorang Pengerusi JKKR.





Dari kanan En. Abu Haris, YB Datuk Suhaili, En Juany dan En Mohd Fazil




Para peneroka yang hadir pada majlis tersebut





Seramai 872 orang peneroka Felda Sahabat menerima duit raya daripada Felda. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Seranta ( Felda ) JPM bersama-sama Felda Wilayah Sahabat dan dirasmikan oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said, ahli dewan undangan negeri kawasan N49 Tungku merangkap Presiden Hal-Ehwal anak negeri Sabah dan ahli lembaga pengarah Felda. Menurut En. Juany Salleh, Pengarah Felda Sabah, pemberian duit raya ini, diadakan setahun sekali setiap kali umat islam menyambut Aidil Fitri. Harapan beliau agar semua peneroka-peneroka dapat memberi kerjasama dengan pengurusan Felda, terutamanya apabila pihak pengurusan Felda mengadakan apa-apa majlis yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan program-program peneroka, para peneroka hendaklah hadir dan membantu pihak pengurusan Felda. En. Juany mengucapkan terima kasih kepada yang berhormat kerana sudi hadir ke Majlis ini, walaupun YB Datuk tidak berapa sihat, tetapi demi untuk kepentingan rakyat YB Datuk sanggup datang dan merasmikan penyampian Replika cek. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Penyelaras Unit Seranta Negeri Sabah, JPM en. Mohd Fazil Mohd Ali, Puan Theresa Nur Syahidah, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid ketua-ketua anak negeri Tungku, pemaju mukim Tungku, En. Hj Abd Kayum Hj Omar dan Pemaju Masyarakat N49 Tungku En. Salleh Kamin Sajiran. YB Datuk memaklumkan bahawa Felda telah banyak membantu peneroka-peneroka di seluruh Malaysia, dengan pelbagai kebajikan dan intensif seperti memberi peruntukan pembinaan rumah baru, penambahan peruntukan sistem pembekalan air, duit raya dan pelbagai lagi insentif yang diberikan oleh Felda kepada peneroka-peneroka. Oleh yang demikian, YB berharap agar para peneroka bersyukur dan berbangga menjadi salah seorang peneroka dan janganlah selalu mendengar berita yang tidak pasti kebenarnya bahawa Felda menyalahgunakan wang peneroka.

Felda juga banyak membantu rakyat di sekitar kawasan Felda, dengan memberikan peruntukan kewangan sebanyak RM 10 juta kepada kerajaan negeri apabila meluluskan peruntukan menaik taraf jalan dari Felda ke Tambisan dan pembinaan loji air di Sahabat 22 dengan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Tanjung Labian, Tagupi, Tanjung Batu, Lok Buani, Sungai Bilis dan Kg. Tanagian. Jadi dengan peruntukan yang disalurkan ini, rakyat yang menerima manfaat dan kebaikannya. YB berharap kepada penduduk di kawasan Tungku dan Felda jangan mendengar berita-berita yang mengatakan bahawa Felda tidak membantu kampung yang berdekatan dengan Felda.

Salah satu contoh lagi Felda membantu kampung yang berdekatan ialah projek MESEJ di kampung Nala. Projek ini adalah sumbangan daripada Felda. Manfaat dari projek ini seramai 100 orang miskin tegar akan ditempatkan di projek MESEJ kg. Nala. Felda diwujudkan bukan sahaja memberi manfaat dan kebaikan kepada peneroka malahan memberi kebaikan kepada kampung-kampung di sekitarnya, ujarnya semasa menghadiri majlis program rahmat ramadan Warga Felda di Masjid Nurul Hidayah, Anjung Teduh.

Selasa, September 01, 2009

Program Pembangunan Sosio Budaya dan Majlis Berbuka Puasa 1430H/2009 Bersama Kumpulan Yayasan Sabah

Datu Baniamin sedang berbuka puasa bersama-sama penduduk kg. Mambatu
Datu Baniamin menyerahkan bantuan berupa barang makanan kepada salah seorang warga tua, sambil diperhatikan oleh Pegawai Zon Yayasan Sabah Pantai Timur En. Ariffin Mohd Nor.

Program Pembangunan Sosio Budaya dan majlis berbuka puasa yang diadakan di Surau Al-Jannah, Kg. Mambatu, Tungku telah diilhamkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur di seluruh kawasan negeri Sabah. Pegawai Zon Yayasan Sabah Pantai Timur En. Ariffin Mohd Nor berkata, majlis ini amat bermakna kerana inilah peluang untuk Yayasan Sabah memberikan sumbangan kepada warga tua, ibu tunggal dan anak yatim. Disamping itu, program ini juga mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pemimpin tempatan bagi bersama-sama mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya.

Ini adalah dasar dan gagasan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datu' Seri Najib Tun Abd Razak, iaitu 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan. Perancangan di peringkat atasan akan dilaksanakan bagi memberi kesan dan manfaat yang baik hingga ke akar umbi, ujarnya lagi semasa majlis penyampaian bantuan kepada orang-orang warga tua, ibu tunggal dan anak yatim di Surau Al- Zannah, Kg. Mambatu, Tungku. Majlis tersebut bermula pada jam 5.00 petang yang dihadiri oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Datu Baniamin Bin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku, En. Kamarudin Hj. Hamid, Pemaju Mukim Silabukan dan Tambisan, Ketua Kampung Mambatu, En. Hussin Umar, Pengerusi JKKK Kg. Mambatu, Puan Amsina Bte Abg Yagid.

Dalam pada itu, seramai 25 orang penerima bantuan berupa barangan keperluan harian. Ianya di pecahkan kepada 3 ketegori iaitu ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Menurut pengerusi surau Al-Jannah, Kg. Mambatu, Tungku, En. Mohd Rigal Mubin, penduduk kampung Mambatu amat bersyukur kepada pihak-pihak tertentu memberi bantuan kepada warga-warga tua, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal, terutamanya majlis pada hari ini. Beliau yang mewakili penduduk kampung Mambatu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Timur kerana menjadikan surau Al-Jannah sebagai tempat dan tuan rumah untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya bermanfaat kepada penduduk kg. Mambatu. Beliau berharap agar, program seumpama ini, dapat diteruskan lagi, agar penduduk-penduduk yang tidak berkemampuan dapat dibantu dan seterusnya mendapat pembelaan daripada kerajaan.