Jumaat, Julai 31, 2009

Sukan Komuniti Adun N49 Tungku


Pada 15hb dan 16hb. ogos. 2009, ahli jawatan kuasa sukan Komuniti Adun N49 Tungku akan menganjurkan sukan komuniti peringkat Daerah Tungku. Sukan ini akan diadakan di Bandar Felda Sahabat. Acara sukan yang dipertandingan ialah Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar dan Bola Jaring. Menurut Setiausaha Jawatan Kuasa penganjur, En. Saleh Asah, sukan ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan yang dipertandingkan dan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan peserta-peserta yang terlibat di antara zon yang telah dipecahkan mengikut zon iaitu zon Silabukan, zon Tungku, zon Felda dan zon Tambisan.

Rabu, Julai 29, 2009

Persidangan Umno Silam


Pengerusi Tetap Persidangan Hj. Abd Kayum Bin Hj. Omar sempat bergambar dengan Datuk Sairin Karno Pembantu Menteri Kementerian Luar Bandar dan mewakili Perhubungan Umno Negeri

Datu Seri Hisamuddin Tun Hussein memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan persidangan Umno Silam






Barisan Kepimpinan Umno Silam


Datu Seri Hisamuddin Tun Hussein bersalaman dengan Timbalan Ketua Bahagian Umno Silam Datuk Ustaz Mohd Suhaili Bin Hj. Said

Persidangan Umno Silam telah bersidang pada 26hb. Julai. 2009 yang telah dirasmikan oleh YB Datu' Seri Hisamuddin Bin Tun Hussein Naib Presiden Umno Malaysia. Selamat Datang YB Datu' Seri Hisamuddin Bin Tun Hussein ke Daerah Lahad Datu.

Khamis, Julai 23, 2009

Perlantikan Ketua Anak Negeri dan Wakil Ketua Anak Negeri


Syabas dan tahniah kepada insan yang telah mencetuskan idea sehingga Blog ini dapat di ujudkan, secara tidak langsung masyarakat Tungku akan dapat mengikuti perkembangan semasa aktiviti wakil Rakyat mereka, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada YB Datuk Mohd Suhaili selaku ADUN N.49 Tungku di atas perlantikan 3 Ketua Anak Negeri dan 5 Wakil Ketua Anak Negeri yang baru, ini membuktikan bahawa wakil rakyat di kawasan tersebut sentiasa mengambil berat dengan permasalahan rakyat di kawasan tersebut, walaubagaimanapun sekiranya jawatan Ketua Daerah dapat diujudkan lagi di kawasan ini secara tidak langsung akan memberikan keyakinan kepada semua lapisan masyarakat di daerah Tungku khasnya, ujar En. Sabtu Bin Susulan, Pengerusi JKKK Kg. Nala, Tungku.

Rabu, Julai 22, 2009

Felda membangun memberi manfaat kepada rakyat




Kewujudan Felda di kawasan Tungku telah membawa perubahan besar kepada pembangunan dan kehormonian penduduk di kawasan Tungku. Lawatan Pengerusi Felda Tan Sri Dr.Yusof Nor Ke Felda baru-baru ini untuk merasmikan Sukan Komuniti Peneroka-peneroka Felda 2009 di Kolej kini di Felda Sahabat, memberi impak yang sangat besar kepada hala tuju Felda dan pembangunannya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Bin Hj.Said Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku, merangkap Presiden Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Felda. YB Datuk berkata, dengan adanya pembangunan pesat di kawasan Felda, maka ianya akan membawa kebaikan dan manfaat kepada penduduk di kawasan Tungku dan di pantai Timur Sabah.

Isnin, Julai 20, 2009

1Malaysia


Pembinaan Rumah PPRT di kawasan Tungku telah dilaksanakan sebanyak 15 unit. Keperhatian YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. said dan Kerajaan Barisan Nasional telah mengubah kehidupan seorang penduduk di Kg. Bukit Belacun iaitu En. Marjah Bin Tinsurah dengan terbinaanya rumah beliau dan telah siap. Konsep 1Malaysia "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan " telah membawa satu perubahan yang sangat besar kepada rakyat seluruh Malaysia.

YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Tungku bersama-sama unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku. YB Datuk telah mengadakan perbincangan dengan Penolong Pegawai Daerah Tungku En. Ibrahim Bin Abd Hakim mengenai pembangunan Pekan Daerah Tungku. Turut Hadir Ketua Anak Negeri En. Abdillah Hamzah dan Pemaju Mukim Tungku En. Hj Abd Kayum Bin Hj. Omar.

Mukaddimah

Askum semua kepada pelayar blog dan internet. Blog ini diwujudkan bagi memberi maklumat kepada semua masyarkat di kawasan Tungku dan seluruh rakyat malaysia mengenai aktiviti-aktiviti dan program-program yang dijalankan oleh YB Berhormat Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N49 Tungku

PERJUMPAAN YB DATUK USTAZ MOHD SUHAILI BERSAMA KETUA KAMPUNG DAN PENGERUSI JKKK


Pada 22hb. Jun. 2009 di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Tungku telah diadakan perjumpaan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said bersama Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK untuk kawasan Adun N49 Tungku. YB berharap agar semua ketua kampung dan pengerusi JKKK turun padang berjumpa dengan semua lapisan masyarakat di kawasan masing-masing. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ketua Anak Negeri Tungku, En. Abdillah Bin Hamzah, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku , En. Kamarudin Bin Hj. Hamid, Pemaju Mukim Tungku En. Hj. Abd Kayum Bin Hj. Omar, Pemaju Masyarakat En. Salleh Kamin Bin Sajiran dan Wakil Ketua Anak Negeri Tungku En. Datu Ramlee Bin Datu Mayung. YB juga memaklumkan semasa lawatan Datuk Nasir Bin Tun Sakaran Menteri di Jabatan Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan untuk membaiki pulih Masjid di Tambisan Darat dengan jumlah RM30,000.00


Mengenai Perjawatan di kawasan Tungku, YB Datuk memaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan yang akan diisi berperingkat-peringkat, iaitu Jawatan Pegawai Agama . Ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan begitu komited dalam membantu rakyat dengan pengujudan jawatan ini.